Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah. Selawat ke atas junjungan s.a.w , ahli keluatga serta para sahabat baginda
Ada orang dia KESAH bila menunggu lama
Tunggu apa-apa jer
Tunggu abg berurusan , tunggu adik berak dalam tandas, tunggu mak siap sapu lantai
Tapi, ada juga orang yang TAK KESAH apabila perlu menunggu
Sebab?
Dia isi kekosongan masa tu
Ngorat orang lalu lalang ke, baca novel Hlovate ke, selawat ke, ulang ayat hafazan ke
Kadang-kadang ada yang KESAH bila naik motosikal
Macam macam alasan
Panas lah, nanti hujan basah lah, gayat lah , tak de ‘klas’ lah
Tapi, ada juga yang TAK KESAH langsung
Sebab?
jimat masa, jimat minyak, merapatkan hubungan couple haram , rasa hebat bawa laju-laju
Ada orang KESAH bila tengok orang senang
Senang dari pelbagai aspek
Hidup bahagia, dipercayai , ramai kawan, duit sentiasa cukup
Tapi, ada juga yang TAK KESAH langsung bila tengok orang senang
Sebab?
Sedar itu semua kurniaanNya, rezeki masing-masing, dia rasa dia lagi hebat, rasa diri lagi senang
Ada orang KESAH bila tak calit bedak kat muka
Untuk penampilan yang baik
Rasa yakin dengan diri, boleh cover apa yang patut, jadi perhatian orang
Tapi, ada yang TAK KESAH langsung
Sebab?
Tak sempat, bedak habis, dah memang cantik, dah cukup yakin dengan diri
Kadang-kadang ada yang KESAH bila duit dalam dompet kering
Tak boleh nak beli apa-apa
Bag comel terbaru, pencuci muka, tak boleh nak sedekah,
Tapi, ada yang TAK KESAH langsung bila duit dalam dompet kering
Sebab?
Mak bapak punya tak kering lagi, hujung bulan dapat lagi, nafsu boleh kawal
Ada yang KESAH bila buat silap
Kata lainnya dosa
Tinggalkan solat dengan sengaja, mengumpat, maki hamun dang seangkatan dengannya
Tapi, ada yang TAK KESAH langsung bila buat silap
Sebab?
Dah salu buat, TAPI, KENA INGAT INI SATU YANG BERBAHAYA DENGAN KESIHATAN HATI KITA
sama sama kita ingat
Bukan sakit jantung, kanser paru-paru tetapi BARAH yang akan buat kita PARAH YANG TERAMAT UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T