Monday, February 28, 2011

NAK SHARE NGAN KORANG . . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah.
teman yang sejati sentiasa menasihati, bersama susah dan senang


mula mula nak cerita pasal satu hari aku naik angin. mood aku tak tentu hala. aku rimas. rasa nak marah tapi tak terkeluar kat mulut. hati aku sakit. aku rasa tertindas. serta merta aku menaip SMS kat talipon bimbit dan menghantarnya ke kawan yang dirasakan boleh membantu . . .

ni apa yang dia reply
"di dalam islam , setiap perbuatan diterima sebagai amalan berdasarkan niat . sekiranya seseorang berbuat baik kerana Allah,bukan mengharapkan balasan manusia, maka beruntunglah orang tersebut, kerana manusia tak mampu memberikan manfaat dan mudarat. begitu juga dengan kejahatan . . bersabarlah, mudah2an Allah bersama awk. maaf sekiranya saya tersalah "

sangat terkesan. hati yang panas mula sejuk. istigfar kerana khilaf seketika. saat diri hampir kalah dengan syaitan. rasa sangat menyesal . kenapa perkara tersebut berlaku . Macam biasa. Pelajaran baru dalam kehidupan. Terima kasih, teman . . .

perkara kedua nak kata. . . apa ek?


ni hiasan je. . hp x bleh transfer gambar ke lappy



hari sabtu lepas (26 Feb) ada SEMAT UPSR 2011 . . bengkel untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR khususnya untuk subjek matematik ( ahli matematik kannnnnnn) hehehe . .
apa yang aku dapat?

PENAT TAPI PUAS!
walaupun keadaan kesihatan tidak begitu stabil, aku gagahkan diri melangkah . .kali ini tanpa menelan ubat di waktu pagi . .tapi, mengalah di waktu tengah hari. . bersama adik-adik, mengajar mereka menyelesaikan persoalanan . . menarik. ada pelbagai ragam . . .ada yang nakal . pendiam . mengantuk . . x faham tapi malu nak tanya ( mcm aku dulu2 lah) tapi, paling suka, nakal + banyak cakap+suka nak belajar . . .

setakat tu je lah kali nie . .. nak siapkan tutor linear algebra, advance calculus. . prepare untuk perdebatan PIala Naib Canselor . .nie pun nak lepas gian menulis jek. ..

Tuesday, February 22, 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah kagi Maha Penyayang


Pertama dan selamanya syukur kepada Allah S.W.T atas kesempatan yang diberikan olehnya untuk segala-galanya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi S.A.W , keluarga, dan para sahabat baginda.

Hari ini diriku dah berumur 20 tahun. Setiap orang akan menanti akan kehadiran ulangtahunnya.Diriku juga begitu. Tapi, apa yang diriku rasakan pada hari ini, tak sama dengan apa yang aku lalui sebelum ini. Maksudnya, kegembiraan nak menyambut usia yang baru, sebelum ini .

Aku dah berusia 20 tahun. Apa yang ada dah aku miliki? Tercapaikah setiap impian yang lepas?
Apa impian aku yang akan datang? Sama kah seseorang yang mencapai usia 20 tahun pada zaman ini dengan zaman Rasulullah terdahulu? Sumbangan kepada agama? Banyak lagi yang aku perlu perbaiki hari ke hari . . .

SMS pertama yang aku dapat pada 21 Feb , dalam pukul 1 pagi . . .SMS pertama yang aku dapat menghampiri 22 Feb , seawal 11.48mlm . . terima kasih kawan , rakan dan sahabat . . saya menghargai anda semua!



Sunday, February 20, 2011

algebra linear bakal menyusul

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Test 1
25 Feb 2011
kk10

Thursday, February 17, 2011

Tahniah SAINSRI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

petikan daripada akhbar Kosmo

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.
Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama


p/s: tersenyum lebar

Friday, February 11, 2011

cuti pertengahan semesterku ... part 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah . . cuti kali ini diisi dengan pengembaraan ke Melaka dan Kuala Lumpur . . apa yang lebih mengembirakan hati ialah bertemu dengan sahabat - sahabat

syafiqah : saya dan dia asal sama
tapi, tak sempat pun nak jumpa cuti hari tu
dan, baru-baru ni Allah bagi kesempatan untuk kami bersama
bersama-sam menjelajah bumi Melaka ( tak lah semua tempat)


Farhanah : lepas habis form 5 ari tu, dah tak jumpa
saya g matrik, dia g persediaan ke Jepun
Alhamdulillah, Allah izinkan kami bertemu sebelum dia pergi ke Jepun
gambate kudasai, farhanah san!

Nadia : saya kenal dia masa kat matrik
bukan satu matrik
dia roomate kepada syafiqah masa matrik dulu
Allah atur perkenalan kami dengan subjek Biologi
sama kos punya pasal, perkenalan bermula
dan , baru berjumpa muka ke muka di Melaka
Alhamdulillah


kenangan di luar Dataran Pahlawan



perjalanan kami ditemani gerimis
 

Blog Template by BloggerCandy.com