Saturday, March 28, 2009

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah


Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.


Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:



Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.


MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH


Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.


Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman adamai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.


Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Mmuhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.


Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:

Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku

Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:

Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian


Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.


Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.


Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai Tahun Berdukacita oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.


Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan safwah Al-Mukhtarah telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:


1. Ummu AL-Fadhl binti Harith
2. Asma binti Umais (isteri Jaafar bin Abi Talib)
3. Khadijah binti Khuwailid
4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)
6. Asma (isteri Iyasy bin Abi Rabiah)
7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi bin Huzafah)
10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)
12. Ramlah (isteri Abdullah bin Mazun)


Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.


Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:


Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga

selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.


Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.

Adakah diantara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?


Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi'i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka". Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata: "Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan syurga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."

Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.

Ia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."

"Assalamu'alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.

Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."

Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".

Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.

( Irsyadul Ibad ).

Tuesday, March 24, 2009

PenGalaMan dAn PeriNgaTan

Suasana petang Jumaat, 19 Muharram 1430H, sungguh damai dan indah. Ana sekeluarga baru pulang dari bandar. Agak keletihan setelah membeli barang keperluan harian. Lepas solat asar,member keluarga ana buat hal masing-masing. Ana tinggal kat keluarga besar sebab tinggal bersama atuk dan nenek ana sebelah emak. Ala yang ana pernah pelajari pasal keluarga di sekolah rendah dulu. Rasanya antum semua pun belajar jugak kan. Memang lumrah manusia senang lupa. Kata Ustaz ana daripada maksud perkataan manusia tu pun jelas yang ana dan antum ni senang lupa.

Tapi, tu bukan ceritanya. Umi ana tengah buang sampah masa tu. Pergi la kat luar pintu dapur. Ana beserta member lain dengar Umi menjerit. Umi kata, apahal atuk terbaring kat luar tu. Ana ngan member pun bergegsa ke tempat kejadian. Ana cool je masa tu. Bukan apa , kalau semua nak cemas , keadaan akan rumit. Tanpa membuang masa adik ana memanggil (menjerit) mak saudara sebelah rumah. Ana kekal cool. Masa tu Umi ana dan nenek kira tahap panik dah. Ana cakap kat Umi , jangan terlalu panik, insya'Allah keadaan akan berjalan dengan baik.Waktu tu, ana aplikasi lah apa yang dipelajari dalam persatuan palang merah sekolah. Dah lima tahun kat sekolah menengah buat tugas yang sama . Sampaikan ada je orang pengsan ana adalah antara orang yang turut dipanggil. Ayah saudara ana arahkan ana dan member untuk angkat atuk ke kereta untuk dibawa ke hospital. Umi pulak, suruh bawa atuk masuk ke dalam bilik tapi memandangkan ayah saudara dah ambil kereta, teruskan saja lah.

Ana , adik dan adik saudara hanya menunggu di rumah ketika itu. Lagipun waktu tu dah senja. Ana mendapat tugas berat ketika itu, bukan kerana ana disuruh untuk menjaga adik-adik, tapi diarahkan untuk memaklumkan kepada adik-beradik umi yang berada di Brunei. Berat tu. Tapi, alhamdulillah , Allah beri ana kekuatan. Ana dapat memaklumkan kepada mereka semua bahawa atuk telah jatuh pengsan dan dihantar ke hospital. Satu sudah selesai. Belum lama selepas itu, talipon rumah berdering. Ayah saudara maklumkan bahawa Allah lebih sayangkan atuk. Sekali lagi ana diarahkan untuk memaklumkan kepada saudara lain. Dengan nada yang tersekat sekat ana kuatkan diri. Ketika itu, air mata terasa bagaikan tersangkut di dada .Mungkin ana tidak terlalu merasa ketika itu kerana selama usia membesar ana tinggal di asrama. Satu perkara yang membuatkan ana tidak begitu rapat dengan arwah atuk, arwah atuk seorang yang sangat tegas. Rasa hormat itu hadir. Ana hanya mampu melihat adik yang boleh dikatakan rapat dengan arwah mengalirkan air mata lelakinya. Mungkin usia adik saudara ana belum faham situasi ketika itu. Apa yang terpaku apabila adik saudara ana mengatakan Allah lebih sayangkan arwah, semua orang akan bertemu illahi dan yang masih tinggal harus meneruskan kehidupan.

Jenazah arwah sampai di rumah pada 7.30malam . Lebih kurang 10.00 malam jenazah siap dimandikan dan dikapankan terus disembahyangkan. Pada esok harinya, lebih kurang pukul 9.30 pagi, setelah disembahyangkan, jenazah selesai dikebumikan. Apa yang ana dan antum semua boleh ambil kesimpulan bahawa kita akan menemui Illahi pada bila masa , saat, dan ketika sahaja. Bersama kita muhasabah diri. Allah bagi ana rasa semua ini untuk bersama.


Sesungguhnya Allah menegaskan di dalam al quran seperti dalam surah al-A'raf, ayat 34:

Maksudnya:
"Maka apabila datang tempohnya (yang sudah ditetapkan), tidaklah dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak pula dapat mereka didahulukan"

Sunday, March 22, 2009

Kadang-kadang kita perlu ingat

Hidup harus diteruskan. Allah akan tolong hmbanya jika hambanya memohon pertolongan. Kesenangan itu satu dugaan dariNya. Allah mahu uji sejauh mana kita mengingatiNya. Kadang-kadang kita alpa . Sudah menjadi hakikat iman manusia ini turun naik. Latihlah diri kita untuk istiqamah dalam beribadat. Paling penting nawaitu kita mestilah sentiasa betul. Mungkin ada masanya kita terbabas dari landasan niat kita. Masa itu renung balik dan tetapkan niat yang baru. Sesungguhnya syaitan akan sentiasa menghasut manusia. Kalau kita terpedaya hanyut lah kita umpama ranting yang jatuh lalu mengikut arus air.

 

Blog Template by BloggerCandy.com