Wednesday, November 21, 2012

cakna?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w , ahli keluarga, serta para sahabat baginda


perkembangan yang berlaku di bumi Gaza
boleh rujuk link di atas

Monday, November 19, 2012

TIDAK

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat nabi s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda

apa kabar u olls?
semoga sihat-sihat belake yer
kalu ada yang sakit itu
ingatlah 
itu juga nikmat
nimat yang Allah bagi supaya kita berfikir
:)
dan
dengan dengan rasa sihat itu kita juga perlu untuk berfikir
then, zahirkan rasa syukur padaNya
macam mana?
refer balik silibus pendidikan islam kat sekolah yer

TIDAK
atau 
''big NO''

untuk apa?
untuk benda yang sia-sia
tengah menanam nie
menanam tabiat 
katakan TIDAK kepada benda yang TIDAK
ok?
boleh
semua itu terpulang kepada diri sendiri
nie juga element dalam pendirian

nak jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal



Thursday, November 15, 2012

senyum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat ke atas junjungan Muhammad s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda

selamat tahun baru hijrah
tahun baru, azam baru
azam tahun lepas yang tak tercapai tu boleh bawa ke tahun ni
jangan putus asa!

sekarang cuti 
tak cuti pun sebenarnya
final year student lah katakan

dalam kesunyian kat dalam bilik nie
tetiba tangan aku gatal nak type kat Youtube perkataan 'Debat'
rindu lah tu
seyes
rnduuuuuuuuuuuu
lagi2 berita yang agak hangat lagi
SM Sains Miri merampas kembali PIALA KETUA MENTERI SARAWAK
setelah 7 tahun ditakluk orang lain
aku rindu untuk berdebat
berbalik kepada kegatalan tangan aku
tengok lah video Debat Integriti 2012
kenapa aku pilih dalam banyak video tu, video tu?
sbab
jujur aku cakap
UNIsZa
ye betul!
aku pernah bersama team ituu
bukan mewakili bersama tapi menjaga makan minum tidur keselesaan mereka waktu debat gender hari tu
uni aku tuan rumah kannn
aku pun gatal nak jadi sukarelawan
Liason offocer konon
yelah 
nak wakil uni x layak
*orang offer jual mahal
ahhh, lupakan cerita tu

point utama aku
dalam video tu
AFFENDI oiiiiiii
dia tu kalau budak debat *terutama budak sbp lah* tak kenal, tak tahu nak cakap apa
orang kata dia hebat
aku kata?
ntah . .biasa je
dia dah diasah dengan tajam
tu yang aku mampu kata
paling best bila waktu zaman aku debat dulu
bila MCKK vs SBPITemerloh
FARIS from sbpitem boleh kalahkan dia untuk title pendebat terbaik
apa makna tu?

sudah sudah lah mengenang benda yang lapuk
tapi
aku rasa nak jerit kat dunia
aku pernah bertemu dengan affendi itu
* ok aku berangan lebih

 hidup ni buat benda yang kita perlu bukan kita nak


Monday, October 29, 2012

analisis persekitaran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabt baginda

 
‎'analisis persekitaran'? tak perlu kot. . . analisis benda yang paling dekat dengan kita dan kita tahu asal usulnya . . analisis diri sendiri lagi baik kot . . ;analisis persekitaran' untuk ambil pengajaran ok kot tapi kalau nak mengkritik , kalau nak mengutuk . .sangat tak perlu rasanya . .

''engsot ckit ke arah nok lebih bait, ok rasanya'' ke guane?

kalu tentang ini:

Pada suatu ketika, iaitu semasa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah berkata, "Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah, "Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia". Jawab Aisyah, "Bukankah itu perkara yang benar, ya Rasulullah". Maka jawab Rasulullah, "Itulah yang dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta namanya".

sama sama kita saling mengingat

  

telinga orang yang bercakap lebih dekat dengan mulutnya

jari orang yang menulis lagi dekat dengan dirinya

semoga dengan menperingati akan sentiasa ingat



nak jadi baik itu susah sebab syugra itu mahal

nak jadi baik


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah. Pertama dan selamanya . selawat ke atas nabi s.a.w , ahli keluarga , para sahabat baginda.

Sudah lama saya tidak menconteng di sini <- .="." ayat="ayat" klise="klise">

Tak mengapa. Semua itu atas kehendakNya jua. Kekangan masa mahupun idea
Semua orang nak jadi baik. sebab itu fitrah manusia. Sejahat mana pun manusia, segelap mana pun masa lalu manusia jauh di lubuk hatinya tetap membisikkan keinginan untuk menjadi baik. berubah dari baik ke arah yang lebih baik. sama ada nak atau tidak. Kuat atau tidak. Ada usaha atau tidak. Persekitaran membantu atau tidak. Itu sahaja

Saya nak jadi baik. Saya tidak dibesarkan berlatar belakangkan sekolah agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak faham agama. Itu bukan alasan untuk saya tidak mengamalkan agama. Percaya atau tidak, pendidikan berlatarbelakangkan sekolah agama itu sebenarnya membantu untuk hidup dalam keadaan mengamalkan cara hidup islam. Hidup faham islam. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dan itu juga pilihan. Nak amal apa yang dipelajari untuk hidup atau hanya untuk mengisi ruang kosong jawapan pada kertas peperiksaan.

Saya nak jadi baik. Tapi, persekitaran saya tidak mengizinkan. Dalam hal ini, tidak perlu kiranya untuk membuktikan kebenaran lagu ‘bangau oh bangau’. Sampai bila pun tak akan jadi bila asyik menyalahkan dan terus menyalahkan. Ada ruang , ada peluang. Dalam kehidupan, kiranya dalam konteks mahasiswa, kerana saya mahasiswa, peluang dan ruang itu di mana sahaja. Antara nak atau tidak. Antara nak pilih majlis ilmu atau hiburan. Mahasiswa kan remaja. Tapi , kena ingat mahsiswa adalah pemuda. Siapa nak warisi sultan muhammad al-fateh, siapa nak warisi salehuddin al-ayubi , siapa nak ikuti salma al farisi?

Saya nak jadi baik. Masa silam saya selalu berlegar di minda. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira keadaan. Senang cerita , jangan hukum masa depan dek kerana masa silam itu gelap. Lebih kurang begitu lah bunyinya. Tolong, tolong dan tolong beri peluang pada diri. Allah bagi kita peluang tanpa kita sedari. Dan , sekali lagi tolong bagi peluang at diri. Diri saya!!
Saya nak jadi baik. tapi saya tak kuat. Cari kekuatan. Minta kekuatan kepada Pemilik kekuatan. Allah ada. Jangan pernah untuk lupa

Ayuh!
Saya nak jadi baik
Awak nak jadi baik
Kita nak jadi baik
Jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal

Friday, September 21, 2012

best kan?




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Family sebelah mak

seronok tahun nie
walaupun ada luka di hati kami semua
x pe
pengajaran demi pengajaran kita ambil
semoga dapat merasai kemanisan yang lagi manis tu

Saturday, September 15, 2012

Final year student

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selamat menjalani latihan industri
selamat menyambut bulan ramadhan
selamat menamatkan latihan industri
selamat hari raya aidilfitri
selamat memasuki alam kampus
selamat menuntut ilmu

alhamdulillah
masih diberi peluang
peluang apa?
banyak . . . . .

dek kerana sibuk memilih penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir
dek kerana sibuk memilih tajuk PITA
dek kerana memikir subjek elektif yang nak diambil
dek kerana sibuk pindah barang sebab duk bilik baru
x sedar dan terlepas
untuk merancang program cuti panjang 
*tiga hari 
panjang tu
akhirnya terdampar je kat dalam bilik ni
dan
terukirlah entry setelah sekian lama
apa kabar u olls?
*bajet ada orang baca

berdaftarnya saya kat Uni ni pada tarikh 9 sept 12
sah saya sebagai pelajar tahun akhir
inshaAllah
mohon doa kalian

banyak matlamat yang tak tercapai lagi
semoga Allah sampaikan hajat saya dalam beberapa perkara
kena relist semua matlamat tu lagi
ada satu matlamat yang sukar untuk dicapai
sebab
hati kata ya
akal kata tidak
serahkan pada Allah Taala

 lainya
nak labih banyak memberi
setelah menerima je kerja nya

doakan saya ye kawan-kawan

Monday, June 18, 2012

Monday, June 11, 2012

novel terbaru

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
untuk selamanya
wajar untuk kita ungkapkan 
walau sejemu mana yang membaca
ini bukan benda buat main-main
x ramai yang bersyukur
ada yang ada
tapi selalu alpa
x salah untuk kita berterima kasih 
kalau pak we bagi semangat kat kita
kita boleh kata aku terhutang budi
kenapa 
Yang sentiasa bagi kita
udara free
kesihatan yang baik
kebahagiaan walau kita kadang-kadang ingkar
kita tidak bersyukur
?
jawab dalam hati je
pikir dalam-dalam

ok
tinggal dua paper lagi
tapi, aku nak mencoret juga disini
sebab?
kalau aku diam
umpama sebuah novel aku hasilkan
baik aku bercakap
eh?
ikut kesesuaian masa lah
kalau aku bercakap tu aku menyakitkan hati orang lain
lebih baik aku diam
dan kalau aku diam tu aku berperang dengan bisikan-bisikan yang tak diundang
sini lah tempatnya

pernah dengar?
pernah baca?
pernah tulis?
syurga itu mahal
sebab tu
jalan menujunya berliku
banyak dugaan
sabar lah duhai hati

untuk memuaskan hati orang disekeliling itu sangat susah
aku akan usahakan
tapi, aku juga manusia
yang tahap kesabaran asyik teruji
etih tak pernah pergi selamanya
semoga aku tabah

kembali kepada asas
apa kau beri
kau dapat semula
apa yang kau dapat
kau pernah berikannya


p/s: berjuang hingga ke ink pen yang terakhir
yang guna pensil mekanikal
sampai habis led
yang guna pensil kayu
sampai dah tak boleh nak diraut


Tuesday, June 5, 2012

lepas makan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
masih bernyawa
masih boleh tekan-tekan papan kekunci ini untuk menaip apa yang nak ditaip
dengan izinNya

as u ols know
sekarang minggu peperiksaan
today
i have no paper
so?

pertama
pagi tadi aku jogging
setelah sekian lama merancang
hari ni dikuatkan kaki ku untuk melangkah ke trek
Alhamdulillah
napa beriye sangat nak cter
suka ati aku lah
tak
macam ni
aku boleh rasa stamina itu berbeza
rasanya ini lah hikmah duduk di tingkat 5
walau berat badan tak turun2
walau saiz badan x mengecil
betul 
stamina lagi ok dari sebelum ini
dalam masa yang sama 
ia adalah apa yang difikirkan
kalau kita fikir kita mampu
ye 
dengan izinNya kita mampu
so?

kedua
aku ada 6 paper to go
aku ada 14 days to go 
jumpa dengan mak ayah
ada orang kata 
kalau rindu mak ayah
talipon lah
nanti mesti terubat rindu
PENIPU!
ia hanya macam sakit gigi
makan panadol
paling2 bertahan 4jam
then datang balik
tak payah cakap lah
*eh marah?
tak
sayang
*melalut

lagi?
perkataan kat atas ni 
salu ditulis dalam latihan KM aku
selalu untuk latihan yang disuruh hantar
yang tak disuruh
lagi lahhh
pesal aku bagitau ni?
buat kerja jangan sekerat jalan oiiii
sapa?
kau lah 
*tunjuk kat diri
ok
so?

sepanjang penulisan di atas
ada 3 pkataan 'so'
tolong dan tolong
tolong sesangat
jangan gunakan perkataa ini BUKAN PADA TEMPATNYA
nampak sangat ketidakpakaran anda tentang perkataan itu
okey?
contohnya?
saya sedang bercerita dengan penuh kegembiraan
lalu si fulan memberi respon 
so?
itu bukan respon yang anda sepatutnya bagi kalau anda bergelar sebagai seorang penuntut ilmu
sebab anda adalah orang yang menuntut ilmu
ada ilmu
dan tahu
bukan orang yang tarak ilmu
paling tidak pun anda boleh diam
kalau anda tidak berminat
sebab perkar itu boleh mengguris jiwa yang baru terubat
kalau anda menyakitkan hati orang lain
tidak mustahil anda akan disakiti
saat tu jangan nak sumpah seranah bebagai
tengok kat diri sendiri

anda = aku
anda = anda
anda = kita

itu sahaja daripada saya
sekian




Friday, May 25, 2012

imtihan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




mohon doa kalian

Monday, May 21, 2012

mak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

mak saya
yang terbaik
kawan baik saya yang terbaik
menerima saya
seadanya saya


Friday, May 18, 2012

Insan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah

hidup berjauhan dari keluarga itu sangat mencabar
hanya yang bernama seorang ibu itulah yang memahami yang bernama anak

REDHA ALLAH TAALA
JIHAD 
DUGAAN
UJIAN
CABARAN 
PEPERIKSAAN
AIR MATA
KESABARAN 
AMARAH
KELUH KESAH
KEYAKINAN
SEDIH
GEMBIRA
PASRAH
RELA
BERLAPANG DADA
 

itu sudah menjadi satu keperluan dalam hidup
untuk mengecapi
satu gelaran 
insan
 

Monday, April 30, 2012

Selamat Hari Pekerja

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pekerjaan : pelajar
pekrjaan : hamba Allah
pekerjaan : anak ke 3
Pekerjaan : sahabat

sebab tu aq cuti hari nie   



Sunday, April 29, 2012

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

kuih bangkit itu tak lemau

Wednesday, April 25, 2012

pelangi

Dengan nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
ujian demi ujian
dugaan datang dan pergi
dari senyuman ke titisan air mata
tabahkan wahai hati
mintalah kekuatan dari Pemilik kekuatan
mintalah kesabaran dari Pemilik kesabaran
awan mendung itu bukan selalu untukmu
kerana pelangi itu menantimu

46:31-35
indah
surat cinta itu menenangkan jiwamu diriku  sayang
Alhamdulillah
lega
446

Sunday, April 15, 2012

Kuih Bangkit

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

satu benda baru
SAYA SUKA MAKAN KUIH BANGKIT


Saturday, April 14, 2012

air mata

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

satu persoalan 
yang belum ana temui 
jawapan

kenapa
selepas kita mengalirkan air mata
kita akan rasa mengantuk?
dan mata menjadi pedih
tapi, yang seronoknya
dada terasa lapang

Sunday, April 8, 2012

tulip

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah


ada sesuatu terselit di dalam hati ini
apa?
kenal Hlovate?
kenal aA+bB?
kenal 5 tahun 5 bulan?
kenal versus?

dari sana lah aku mempunyai keinginan yang sangat tinggi 
untuk pergi ke sana
seperti rakan2 ku yang lain
 mereka merasa
waaaaaaaaaaaa
seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku?
buat masa ni
aku just tengok gambar yang ada lah

 bayangkan aku ada di tengah-tengah bunga tulip tu?

 cantika kan?
wuarghhhhhhhhhhhhhhh
kalau ni makanan , tahap leleh air liur punya lah

aku bleh berkelah ngan member
kat tempat ni
 


Friday, March 30, 2012

rindu mama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ana rindu mama ana
mama ana
best fren ana
mama ana
terbaik untuk ana
nak jumpa mama ana

mama
pijah rindu mama


Wednesday, March 28, 2012

:)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

hati ini bagai ombak
yang kdg2 alunnya tinggi
menyeramkan yang melihat
yang kdg2 tenang
tanpa siapa pun menyedari


Sunday, March 25, 2012

apa?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Friday, March 2, 2012

jeritan batinku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

dek belek2 muka buku
dek belek2 album gambar junior

rindu
ngan sains miri
dari tudung selekeh tudung x cube
jadi tudung kemas x squre

dari pendiam ke banyak mulut
vice versa
aku rindu

makan nasi lemak kat dewan makan
setiap hari rabu
hingga ke mee kuning waktu supper
rindu

dari selak lengan tangan
hingga ke saat 
insaf sebab sedar lengan tu aurat
rindu

dari naqibah bebel
ke kita bebel ke junior
rindu gilak2

dari rules breaker
ke
budak skema
sebab jadi prefect 
bukan talam 2 muka
cuma
untuk menjga amanh
rindu

dari bangun g  roll call
ditambah g briefing pengawas
briefing MPP hari rabu
ke balik prep malam
kekadang kena tahan prep 
rindu

dari berbaris 
tunggu turn mandi
hingga
tunggu turn mok guna public phone
rindu

rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, February 28, 2012

buaH Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

entry kali ni 
khas untuk awak 
yang saya hargai
yang saya sangat rindu

pertama
saya nak sangat awak tahu
saya tetap sayangkan awak
saya tinggalkan awak
kerana
saya perlu memilih
saya pilih yang saya perlu
buka yang saya suka

saya tahu
awak dah banyak bagi manfaat kat saya
saya tinggalkan awak
bermakna
saya perlukan sesuatu yang akhirnya awak pun akan bangga

kedua
saya sibuk, awak
selalu saya tersempak dengan peminat2 awak
saya segan juga
sebab
dorang sau bagi saya ruang dan peluang
agar kita ada hubungan yang lebih erat dan . . .

dan
sekali lagi
saya ingatkn awak
awak masih di hati saya
saya selalu memberontak dan menyesali
tapi,
ada suara yang berbisik
awak bukan untuk saya

saya dah sem 4
komitmen untuk pelajaran tu perlu saya pertingkatkan
saya perlu uruskan tempat untuk latihan industri
yang 
x selesai lagi

awak
si Debat
paham saya yer

Sunday, February 26, 2012

MAKEP 2011 dan HIMMAT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah
pertama dan selamanya

tahniah buat presiden HIMMAT 2011/2012
Himpunan Mahasiswa Matematik
telah menyandang buat ke sekian kalinya
anugerah kelab akademik terbaik
MAKEP 2011 UMT

ni sedikit ucapan daripada mr pres kitaorg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Ingin saya sampaikan berita gembira buat semua warga HIMMAT.
HIMMAT telah berjaya membawa pulan 2 anugerah dalam Majlis Anugerah Kepimpinan 2011 (MAKEP). Dua anugerah tersebut adalah,

1) Anugerah Program Terbaik (Akademik)
:Kem Gerak Minda Matematik Tambahan 2011 Siri 2

2) Anugerah Kelab Akademik Terbaik

Kejayaan kali ini bukanlah kejayaan kami barisan kepimpinan HIMMAT semata-mata, namun, kejayaan kelab HIMMAT terletak kepada semangat, komitmen serta kerjasama sepasukan yang ditunjukkan oleh semua warga HIMMAT.

Tahniah kepada kita semua kerana sekali lagi telah berjaya membawa nama HIMMAT menjadi yang terbaik. Semoga anugerah ini menjadi pencetus kegemilangan semua warga HIMMAT kini dan masa akan datang. Insya-Allah.
Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

HIMMAT 2011/2012
Ilmu Diutamakan, Kemahiran Didahulukan, Kecemerlangan Dimartabatkan.
 
 

Saturday, February 25, 2012

family day

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


baru balik dari hari keluarga
perasaan? 
best sangat2 sangat
penat tapi ttp nak tulis entry dulu
kali nie
daripada 6 games
aq join 5
enjoy sakan
best sgt2
sebelum ni jadi tukang tengok je
berbaloi-baloi
menang 2 games
 ni dia
hamper untuk 3 org
satu hamper lagi kat member

lagi satu benda
sembang2 dengan pensyarah
antara sesi dalam program ni
yang terpahat kat kepala aku
pointer tu penting
tapi, akhlak dan sahsiah itu lgi penting
pendek kata kena jujur
antara yang aku boleh kata
dan yang aku tak setuju
bila tak datang kelas tapi suruh member tandatangan
dan
satu lagi
bila dah datang kelas
tengok petak tandatangan tu masih kosong
g lah tandatangan
untung sabut timbul
untung batu tenggelam
kot pensyarah tu jenis masuk kat dalam system setiap kali lepas kelas
nasiblah
pensyarah tak tahu tapi, Allah tahu


tu antara benda yang bagi aku hilang respect kat sesiapa saja
maaf
aku tau aku ni skema



ni plak dapat lucky draw kat T-shoppe
tak sangka 
ada juga nama dalam senarai




ok tu je nak cter
member ada bagi satu benda tu
lain kali cter


Friday, February 24, 2012

Konvensyen Matematik Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Wednesday, February 22, 2012

22 -02-2012


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah seinfinity
Allah masih beri aku peluang untuk hidup
dan
kini mencecah usia 21 tahun
anak muda
dah jadi gadis dewasa

 ni kad yang siti khadijah dan nur faezah bagi


walauapapun
setiap detik tak kira lah hari tu istimewa atau tidak
sesuatu tu gembira atau menyedihkan
semuanya Allah yang bagi
Dia uji kita
dan pengalaman pagi semalam 
ku doa dan harap yang terakhir
kesilapan
tapi, kali kedua
agak sukar untuk memaafkan diri ini

 
 ci kuning tu, pemberian dari orang yang sama dengan kad tu

yang memeranjatkan dan terharu
bila masuk kelas petang tu
cousemate nyanyi lagu bufday
*malu
*macam budak budak je
TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT KORANG


 ni kek pelangi. mak aku buat and aku bawa balik u. kek ni tahan. gi la potong di hari jadi
hehehehehehehe
terima kasih mama
 cantik x? kreatif kan?
ni dari farha. romate aku watu sem satu dulu merangkap housemate aku sekarang
dia bajet nak jadi orang terakhir
ala-ala macam tu lah

dan ini
hadiah dari saya kepada saya
ala , yang baucer tu
dek kerana buku course saya susah nak jumpa
beli lah yang ni
untuk dirimu wahai diriku
bacalahhhhhh
hehehe

aku tunggu juga ucapan dari someone tu
tapi, x pe lah
mungkin sibuk
tak mengapa dia lupa tarikh bufday aku
asal dia tak lupakan Pencitanya dan Penciptaku
ataupun
takkan setiap tahun nak bagi
kering lah idea ucapan
itu yang terbaik

Monday, February 20, 2012

booooohhhhhhh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

oke
pengajaran di awal sem
anang polah kenyak lg
nyamai die

aku dah masuk sem 4
sem 3 dah jadi sejarah
sejarah yang membuka mata seluasnya
sem 4
usaha lebih gigih
nak jadi katak pekak

bilik dah ada wifi
tima kasih mayuh2 UMT

Thursday, February 9, 2012

kepada yang baik hati . . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Keh
Memandangkan ada sesuatu yang aku perlu luahkan
Tapi, aku tak tau nak luah kat sapa,
Jadi aku kasi luah kat sini lah
Boleh?
Ada orang kesah?
Lantak lah

Pertama,
Aku nak sangat ada memori indah untuk masa yang berbaki ini

Kedua,
Aku nak handset baru yang fungsinya
Boleh baca e-book
Ala yang touching2 screen tu
Aku tau
Buat masa ni
Impian kedua aku tu boleh kata tinggal kenangan
tapi, tak salah aku berharap kan
kot2 ada orang nak sedekah kat aku
please

dan yang ketiga
aku nak kamera gajah berserta skill untuk guna
please
aku nak sangat benda  tu

p/s: berangan je lah

 

Blog Template by BloggerCandy.com