Wednesday, December 29, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


milik Harimau Malaya

skuad kebangsaan


tahniah Harimau Malaya !

penantian 14 tahun, kini milik anda

p/s: pertama kali tengok perlawanan bola
isu bola sepak malaysia dalam debat ri thu . . .





remaja harus baca . . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


jom baca artikel ni!


Cinta Berpaksikan Wahyu

Penulis baru-baru ini dijemput menjadi pembicara forum “Keagungan Cinta, Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor, Tetapi…” anjuran sebuah persatuan mahasiswa di KUIS Selangor.

Berbicara tentang cinta di hadapan para pemuda dan pemudi Islam memerlukan satu kekuatan ruhiyah (HDA= Hubungan dengan Allah) dan interaksi yang tinggi dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Ini kerana generasi muda begitu ghairah dan teruja tatkala mendengar kalimah cinta. Dan semakin mencabar lagi, ramai juga para remaja remaji dan para pemuda pemudi Islam kita hari ini telah dipesongkan kefahaman mereka terhadap erti cinta yang sebenar, sehinggakan generasi muda ini terpedaya dengan cinta palsu lagi rapuh. Mereka lebih rela mendahului cintanya kepada manusia berbanding kepada cinta yang agung dan tertinggi yakni cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan Islam, yang kita sebutkan sebagai cinta berpaksikan wahyu.

Asas Cinta Berpaksikan Wahyu
Walaubagaimanapun ada satu persoalan yang timbul. Siapa, di mana dan bagaimanakah model percintaan yang berpaksikan wahyu? Sudah tentu generasi muda ini memerlukan petunjuk dan model untuk mereka memahami dan menyelami erti cinta yang sebenar lantas mencontohinya. Hari ini contoh yang ada di luar sana kebanyakkan adalah cinta yang berpaksikan hawa nafsu dan kepentingan peribadi semata, sehingga berlaku perlanggaran syara’ dan adab-adab akhlak Islam. Cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Ini menjadi satu cabaran buat umat Islam untuk mengetengahkan kepada para pemuda pemudi model cinta teragung agar mereka tidak kehilangan model rujukan.

Sebenarnya model itu ada pada diri Rasulullah SAW, para sahabat, para ulama dan para du’ah, tetapi tidak dipopularitikan atau dijadikan panduan dan ikutan, sebaliknya manusia hari ini lebih suka mempopularitikan model cinta palsu lagi rapuh kerana model tersebut glamour dan terkini kononnya. Media massa, media cetak dan media elektronik lebih dominan dan berminat mengetengahkan episod cinta manusia yang terpisah dari tujuan dan kemuliaan cinta itu sendiri. Mereka berjaya mengolah cinta yang berasaskan hawa nafsu menjadi cinta mulia dan agung. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta palsu ini dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah SWT.

Islam tidak melarang kita bercinta selagi mana cintanya berpaksikan kepada wahyu. Bagaimana kita mahu bercinta berpaksikan kepada wahyu?

Pertamanya, sudah tentulah paksi kefahamannya sebelum bercinta adalah bersumberkan wahyu, bukan bersumberkan cinta barat yang slogannya cinta tanpa batas, cinta musim salji, cinta bollywood atau cinta melayu yang mula kehilangan adab tatasusilanya. Kesemua cinta tersebut asasnya dipengaruhi hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Islam agama yang sempurna lagi lengkap, justeru Islam memandu manusia dalam segala hal, samada sebelum, semasa mahupun selepas melakukan sesuatu urusan. Contohnya, sebelum solat, ada persiapan dan mindsettingnya, semasa solat ada rukun, adab-adab wajib dan sunnatnya, dan selepas solat ada outcomes atau natijah yang harus dijelmakan oleh muslim dalam kehidupannya. Semuanya samada pra, ketika dan pasca sesuatu urusan itu mestilah asas dan paksinya bersumberkan wahyu. Tidak boleh kita pandai-pandai mencipta citarasa dan gaya kita sendiri. Bolehkah kita nak solat tanpa ada wudhu’? Bolehkah solat ikut ‘style’ yang kita suka? Bolehkah selepas solat kita minum arak, berjudi dan ber…… lagi? Dan makin teruk lagi kalau tak solat langsung.. kalau tak solat, hidup berpaksikan wahyu ke?

Begitu juga dalam urusan cinta, sebelum mahu bercinta, perlu ada kefahamannya, agar tidak tersalah faham. Untuk memahami cinta, kita tidak boleh pisahkan cinta dengan sang pemilik cinta, iaitu Allah SWT. Maka titik tolak untuk kita memulakan cinta, mestilah merujuk akreditasi yang telah Allah SWT tetapkan.
Kepada yang masih ‘single’ atau sedang berpacaran tanpa lesen sah, mari kita tadabbur, ayat cinta dari Allah SWT yang akan menjadi panduan untuk kita, apakah mindsetting yang betul dan tepat sebelum kita benar-benar mahu menemukan cinta yang terhebat. Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” (An Nuur: 30 – 31)

Tundukan Pandanganmu
Sesungguhnya Islam berusaha keras membangun individu dan masyarakat yang bersih, jauh dari rangsangan-rangsangan berahi, dan dorongan-dorongan nafsu bergejolak setiap waktu. Proses rangsangan akan terus berjalan tanpa pernah henti, sehingga manusia mudah mengikut nafsu haiwaninya. Pandangan mata, dandanan yang mengundang selera, dan penampilan diri dan pemakaian yang tidak mengikut paksi syara’, menjadi bunga-bunga yang membangkitkan selera nafsu. Ketahuilah ramai yang terjatuh cinta adalah kerana faktor-faktor selera nafsu yang terbangkit dek kerana melihat si pulan dan si pulan.

Islam memandu kita untuk memulakan cinta, iaitu dengan menundukkan pandangannya terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia. Ertinya mengalihkan dengan cepat pandangan yang tanpa sengaja melihat sesuatu yang telah Allah haramkan. Menundukkan pandangan bagi seorang lelaki menunjukkan peribadi yang beradab mulia. Ia merupakan usaha untuk membersihkan jiwa dengan meredam gejolak nafsu yang ingin memperhatikan keindahan, pesona dan fitnah yang ada pada wajah atau fisik lawan jenisnya. Dengan menjaga pandangan ini, maka tertutuplah pintu pertama yang menyeret kepada penyimpangan dan godaan. Ini karektor peribadi yang jujur dalam mencari cinta.

Hari ini perasaan rindu dan sayang bergejolak antara lelaki dan wanita bukan mahram, puncanya, matanya telah pun awal-awal lagi melakukan zina mata, dia engkar kepada tips dan panduan Allah SWT. Maka sebenarnya perasaan cinta, rindu dan sayang itu muncul atas dasar nafsu, bukan wahyu.

Bercinta Bersama Syaitan?
Selepas kita lulus syarat pertama, menjaga pandangan, syarat seterusnya kita dengarkan pesanan Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentulah syaitan.” ( Riwayat Imam Ahmad )

“Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat Imam Ahmad )

Kalau mahu bercinta, jangan ada langsung niat mahu berjumpa berdua-duaan. Maknanya,selama ini, pasangan couple ‘haram’ yang bertebaran di shopping complex, taman bunga, atas motor, tepi tasik, tepi laut dan sebagainya adalah pasangan yang tidak bercinta berpaksikan wahyu, sebaliknya saat mereka menyuburkan cinta, mereka ditemani syaitan. Wah! Indahnya cinta mereka!.

“Kalau nak buat juga, macamana, kami bukannya buat apa-apapun, Duduk-duduk aje, sembang-sembang aje”. Ayat ini anda boleh simpan dulu, nanti gunakan semula saat perbicaraan di mahkamah Allah SWT. Masa tu, jadilah peguam bela kepada diri sendiri dan gunakanlah hujah-hujah bernas anda itu.

Apakah kita masih tidak faham? Pasangan yang tetap merasakan bahawa cinta mereka yang belum dapat lesen sah ini betul dan tidak salah, sebenarnya telah pun membuat keputusan menolak cinta berpaksikan wahyu! Bahaya tu, lebih kurang sama tak menolak wahyu, menolak Al Quran, menolak Rasulullah SAW. menolak cara hidup Islam! Firman Allah SWT:


“Maka barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Taha : 123-124)


Fikir-fikirkan.

Alam Penzinaan
Akhir sekali buat catatan kali ini, tips sebelum kita mahu bercinta, dan kita mahu bercinta berpaksikan wahyu, fahami pesanan ‘keras’ Rasulullah SAW buat kita semua:

”Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata adalah dengan memandang, zina lisan adalah dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan dan berangan-angan, lalu farji (kemaluan) yang akan membenarkan atau mendustakannya.” (HR. Bukhari & Muslim).

Kalaulah kita ibaratkan zina adalah sebuah ruangan yang memiliki banyak pintu yang berlapis-lapis, maka orang yang bercouple tanpa lesen sah ini adalah orang yang telah memiliki semua kuncinya. Bila-bila saja dia boleh masuk ke alam perzinaan.

Bukankah saat berdua-duaan itu tidak lepas dari zina mata dengan bebas memandang?
Bukankah dengan berpacaran, ia akan sering melembut-lembutkan suara di hadapan kekanda/adindanya?
Bukankah orang yang berpacaran senantiasa memikirkan dan membayangkan keadaan kekanda/adindanya?
Maka farjinya pun akan segera mengikutinya. Akhirnya penyesalan tinggalah penyesalan.

Semoga anda sudah menemui formula bagaimana mahu bercinta berpaksikan wahyu. Mudah sahaja, ikut dengan taat apa yang Allah SWT dan Rasulullah SAW ajarkan kepada kita. Untuk ikut ajaran dan panduan itu, maka binalah dulu cinta anda kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, barulah insyaAllah anda tidak akan merasa berat dan beban untuk ikut dan patuh setiap tips cinta berpaksikan wahyu yang diberikan di atas. Selamat beramal dan selamat menemui cinta hakiki!

Tuesday, December 28, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ada apa dalam ni?

kain songket?
bukan tu nak tunjuk disebalik kain songket tu ada sebuah kotak
dalam sebuah kotak tu . . . .


flash card huruf katakana
kad Birthday kecil2 dr kwn2
kaset tu . .ada suara rakan2 time year 6
dua yang atas tu tmpt letak card (atm n etc) tp, aku gn untk letak pic
kertas bergaris tu surat dari Laila Wahidah (form1)

ni semua pemberian dari Siti Khadijah
terima kasih sayang!


ni no time rentas desa
x ingt bila
dalam 5 tahun 2 kali je join
yang lain semua bertugas untuk PBSM



teka bekas apa?
orang bagi
minta jg kot
time HKSBP dapat benda ni
dia pass kat kawan dia
terima kasih!

sebelah kiri tu bapa aku yang belikan
kejap je guna
mula-mula habis bateri
rupanya lau jam tangan abis bateri jangan simpan lama
bateri punya cecair rosakkan jam
da buang
sebab cecair da kuar menyebabkan talinya terhakis
parah kan?
yang kanan tu amit jamil bagi
hadiah UPSR
tak ingt berapa lama gn
pun rosak
terima kasih amit jamil!

ni album gambar pertama yang aku ada
murah je
ingt boleh masuk semua gambar time year6
rupanya tak

bookmark tu amella chong bg
terima kasih amella
plastik pooh tu, bekas kek apollo
rachael bagi
terima kasih chel!
aku salu marah dia
sebab silap dia
aku sayang kawan aku
jadi aku mestilah tegur
dia bagi juga hadiah time birthday aku
time f2
dia bagi rantai n subang
yang untk budak2 tu
tapi unik
kad raya tu
dari kawan2
banyak lagi
tak yah lah amik gambar
terima kasih kawan2 ku
special yang warna gold tue
tgh tue bookmark
junior bagi
apa yang dia tulis dalam tu
tersentuh
sebab aku salu kot marah kat adik2 f1 n f2 2008
sebab aku sayang mereka
mereka diamanahkan kat aku
dorang ingt bufday aku
terima kasih para juniorku!

yang ni dapat time Year5
pertandingan lalulintas shell
peserta kedua terbaik pejalan kaki
terima kasih shell

yang buku2 aku yang aku beli bila aku nampak ia menarik
aku peminat benda gini
banyak kan?
ada lagi
yang baru beli pun banyak
suka!
comel!
terima kasih mak ayah bagi duit untuk beli benda ni!

dalam paper bag tue
ada satu buku catatan yang dah dipisahkan
hajat untuk binding+ ring
buku yang aku catat dalamnya perkara yang dengan izinNYa
diriku pada hari ini
Kem Motivasi Insan Cemerlang
terima kasih task force!


pensel box
bapa aku beli time dia g bintulu
mahal tau
20 ke 30 ringgit
aku guna time f5 jer
pastu simpan
sayang sangat2
terima kasih bapa ku

terima kasih kak shibo , azwa , Bonda Puan Lili, sm sains miri!


Terima kasih kepadaMu Ya Allah . . yang mengizinkan aku memiliki semua ini. . .

p/s: lau nak cter , tak abes . .
yang tak de nama kat bukan bermakna anda tiada dalam hidupku, namun semua ada dalm hatiku . . .*sentimental ket




khabar sains miri. . .


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

pintu masuk utama


MIRI– Ibu bapa membantah cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk memindahkan Sekolah Menengah (SM) Sains Miri di Bakam ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar di Lapok, Baram, kira-kira 120 kilometer dari Miri.
Menurut sumber yang enggan identitinya didedahkan, sekolah yang menempatkan kira-kira 400 pelajar itu perlu dipindahkan segera kerana bangunan sekolah retak dan tidak selamat digunakan.
“Kami kecewa kerana cadangan itu dibuat pada saat-saat akhir sedangkan mereka (KPM) sudah lama mengetahui masalah keretakan yang melanda sekolah itu.”
“Jika pun terpaksa berpindah, kami mahu ia di kawasan Miri atau sekitarnya, bukan di Lapok yang jauh dan tiada kemudahan,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, satu mesyuarat khas antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sains Miri dengan KPM, JPNS dan Pejabat Pelajaran Daerah Miri akan diadakan di SMK Sains Miri esok (27 Disember) mulai jam 2.30 petang bagi membincangkan perkara itu.
Menurut surat yang diedarkan kepada ibu bapa bertarikh 20 Disember, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju dengan cadangan untuk menggosongkan SM Sains Miri berasaskan kepada fakor keselamatan, pelajar, guru dan semua pegawai.
Sehubungan itu, SM Sains Miri akan berpindah ke SMK Tinjar mulai penggal persekolahan yang akan datang

oleh Oleh Hazel Lee


apa nak diulas? pada pandangan mata aku sendiri pun memang sekolah tue ada retak2 . . .tapi tak lah sampai nak di pindah. . tapi tu 2 tahun lepas kan? .. .

Monday, December 27, 2010

aku minat PERDEBATAN



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



banyak kali pengunguman dibuat sebelum bermula kelas, saat menunggu pensyarah masuk kelas . . . aku bagitau lah kat member , fatin . .

" dyg rasa nak ikut lah . . dah lama tak debat . .tapi, ada ke kosong untuk dyg . ." dalam hati berkobar kobar . . dalam otak ligat fikir, sapa antara ahlinya nanti . . mampu ke nak tubuhkan team dalam masa yang singkat . . nak urus study lagi . . .tapi lau nak menghadap nombor sepanjang hayat *cheeewwaahhhh . . tak nak lah . . ( salunya debat ni buat hidup aku rasa best)

" pegi lah amik borang kat afiq tue . . takkan benda tue bleh ganggu study" sungguh-sungguh member ni bagi semangat . . member ni kepala taekwando . .aktif . .malam2 g training

dah beberapa minggu lepas tue, afiq lalu kat tepi tempat duduk aku . . .

" aku nak join boleh?" malunye rasa * merah je rasa muka

" aziz punya team tak complete lagi" sambil menunding jari kearah aziz . . lalu aziz punya datang bertanya kepastian. . .

time tulis nama tu pun masih otak ligat berfikir . . team debat perlukan kesefahaman



tanggal 22 OKTOBER 2010 , waktu pagi seperti yang dijanjikan , dengan berpakaian biru muda ( hp tak leh transfer gmbr time tu) kami berhimpun di cafe baru, berjalan bersama-sama menuju ke pusat kegiatan pelajar . .dalam 8 minit perjalanan ( jalan kaki speed biasa) masuk saj ke lobi, tunggu team Matematik Komputasi tiba, then daftar . . . sebenarnya aku pelajar matematik komputasi tetapi untuk pertandingan ini aku masuk team matematik keewangan. . mulanya rasa tak best juga . . tak pa atas nama Matematik juga. . adil bagi team math Q dan math Comp . . dalam team aku 2 math Q , 2 math Comp

math Q
- aziz
- ila

math comp
-aku
-zulaikha



Team atas nama Matematik Keewangan

aku pada mulanya ingin memegang timbalan tapi lepas mock yang dibuat pada hari pertama ( hancur yeee) cik abg tukang latih kami tue ( mentor dan senior thn 2 math) suruh jadi ketua- perdana menteri ataupun ketua pembangkang

4 orang dari kiri merupakan Juara MIPWA 2010
2 orang dari kanan Naib Juara

2 minggu sebelum ke medan, kami menghadiri bengkel selama 2 jam . . Alhamdulillah berbekalkan pengalaman di sekolah , aku tak blur ketike mendengar penjelasan kakak tue . . hanya sedikit perbezaan . .


Juara MIPWA 2010
biologi marin tak silap
(lelaki tu DEMI punya orang )


dalam pertandingan ni beberapa perkara yang melekat kat kepala aku

- seminggu sebelum pertandingan, pecah rekod , tido pukul 3 pagi, gara-gara berlatih, aku tak biasa tidur lewat . . mengganggu produktiviti aku . . banyangkan berada di kafe baru dan sekitarnya bersama team math dan senior serta mentor

- ditangkap night shadow punya krew - ajk surau- sebab buat perjumpaan di tempat yang kurang cahaya lebih jam 12 tgh malam

-berdebat untuk 3 perlawanan dalam satu hari. . . sampaikan tekak tersekat time perlawanan ke3 . .Area pukul 4 ptg . . ( sakit tekak sebenarnya time tue, effect dari tidur lewat dan banyak gunakan suara)

- menangis ( sensitif sgt lah tue ) dikata oleh hakim ( kata senior dia pun tak debat) hujahku RUBBISH . .hahaha lagi lucu bila sorg senior pujuk dengan mengatakan " ko sampai separuh akhir dia kata macam tue , apa lagi dengan yang tak samapi sparuh akhir tue?" . . tak tau nak kata . .lain orang lain cara pujuk * kepelikan dan kegelihatian




terima kasih kat abg dan akak math kerana bertungkus lumus membantu kitaorang. . .terasa ukhuwah di situ . .

Semoga Allah redha dengan pengalaman ini. . .yang baik jadikan teladan dan yang kurang baik itu jadikan sempadan



p/s: banyak nak cter tapi letih da tangan nie . .

Sunday, December 26, 2010

baru jew. . .




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



(ni gambar yang amik dr Mr google- hp tak bleh transfer pic da )


. . . baru siap kopek kelapa yang pecah . . . kelapa yang jatuh dan terpecah akibat hentakan yang kuat . . . dalam 100 biji , 20 biji yang pecah (anggaran ).. . sambil tu , terfikir juga. . .fikir apa?, , alternatif untuk buah kelapa yang jatuh mempunyai peluang yang tipis untuk pecah. . .pertama, mungkin dengan menyediakan lapik ( bersifat lembut dan menyerap hentakan - reducing impulsive force ) dibawah pokok kelapa kira kira dalam 2 meter dari batang . . .kedua , satu galah yang puncaknya mempunyai bakul kecil. . .sambil jolok terus masuk kedalam pokok tersebut .. . hmmmmmmmm . . sebenarnya kalau panjat lagi efficient. . tapi, tak semua mampu buat mcm tue. . .

tujuan utama

bila melihat buah kelapa ( airnya sejuk dan isinya manis ( manis buah kelapa)). . .teringat waktu bersekolah dulu kala ( macam lah da lama sangat tinggal sekolah ) . .

seorang penceramah motivasi ( dikenali dgn nama Ustz Din @ Roshaidin. . abg Din ) suruh kami ( tingkatan berapa ntah ) - pnah gak waktu perjmpaan badan pengawas- senarai kan kegunaan pokok kelapa dan yang sewaktu dengannya- batang , daun , buah , umbut- cuba senaraikan :

1. batang - jambatan


2. buah - airnya boleh diminum
- isinya boleh dimakan (siap boleh buat kelapa jeli lagi)
- buat santan
3. daun - buat atap tempat berteduh
- tikar ( waktu sekolah rendah cikgu salu suruh buat kan?)
4. lidi - penyapu ( jual pun orang beli tau)- bila jual boleh buat duit- duit boleh dimanfaatkan
5. Umbut - rebungnya ( warna putih , tak tau nam saintifiknya) -salu buat sayur untuk kenduri besar-besaran


banyak kan? mungkin ada lagi kegunaan lain yang tak disenaraikan
tak buat letih tangan ke senarai banyak2 nie? orang lain pun dah tau. . .

sekarang CUBA SENARAIKAN SUMBANGAN SAYA DAN ANDA TERHADAP TAK KIRALAH SEKOLAH KE , IBU BAPA KE, . . .LAGI-LAGI KEPADA AGAMA KITA . . .

jom refleksi sama-sama!


Friday, December 24, 2010

akan datang!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



insyaAllah. . akan berada di Brunei Darussalam selama 3 hari 2 malam. . . perlu menghadiri majlis perkahwinan dan majlis tahlil buat yang telah pergi menemuiNya . .


para ibu sedara ku ( mama punya siblings)

bersama pasangan masing2 ( tak ada 2 pasangan )
sepupu sepapat tapi tak semua
.

apapun . . .kta jumpa nanti! insyaAllah .. .

p/s: update blog sambil sesah baju n masak nasi goreng ayam tomyam ( satu rumah penuh bau, bapa yang sedang siapkan keta pun masuk ke dapur, pandainyeeeee ) * ngade ket heheheh . . .sambil sebab upload pic lmbt ( gne tenet tepon umah kannnnn)

tolong jangan sayang aku


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




hanya tinggal 7 hari untuk kita bersama

bergurau senda, ketawa mengilai bersama

perasaan ni sangat berat bagiku

aku tau aku perempuan

sangat mudah untuk tersentuh

aku kena tabah

aku ada matlamat bersama pemergian sementara

mungkin selamanya

kita hanya merangcang

Dia yang menentukan


p/s: sebak je rasa


Monday, December 20, 2010

baru je aku baca dengan mata hati . . .


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan,
tapi, bila ikan itu mati,
secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya,
Begitulah hati kita,
Hati yang hidup sangat sukar untuk dinodai,
tapi bila hati telah mati,
mudahnya dipengaruhi..
Moga Allah selalu pelihara hati kita

pesanan ringkas yang berbentuk peringatan ini sudah berada dalam inbox pada tarikh 12 Dec 2010. . .tapi, hari ini baru digerakkan hati untuk membaca semula dengan pemahaman yang mendalam . . .Alhamdulillah. . . hati yang lalai diketuk kembali. . .rindu akan perasaan macam nie . . siapalah diri ini kalau tidak diizinkanNya untuk mengenali insan yang mengenaliMu . .

sebentar tadi , terbaca satu artikel (post) dalam satu blog. . .memiliki sahabat yang dekat dengan Allah akan membuatkan kita sentiasa menginggatiNya. . .

selalu ada niat untuk menulis perkara yang bermanfaat dan memberi pengajaran pada diri sendiri dalam blog ni. . tapi, rasa tidak kuat. . jari seumpama kaku . . mungkin kerana kotornya hati ini . . .

Ya Allah
ampunkanlah kesilapan hambaMu
bersihkan lah hati hambaMu
hambaMu sering lalai . .
tunjukkanlah hati ini jalan yang lurus
kuatkanlah hati ini agar tidak kembali kepada kejahilan
tidak kembali kepada perkara yang tidak Engakau redhai
pelihara hati ini dijalanMu

Ya Allah,
perkenankanlah . .




Saturday, December 18, 2010

pengunaan AKU dan ANA dalam penulisan

rasanya kenapa?
sejujurya. . .
permulaan buat blog ni , perkataan 'ana' tu best nak guna
lebih sopan
tapi, lama-kelamaan . .
lebih best guna 'aku'
terpulanglah kat diri ini nak bahasakan dirinya pa. .
yang penting?
hehhehehe jwb sndiri . . .

Wednesday, December 1, 2010

indahnya malam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





. . . baru beberapa minit tiba di LCCT. suasana agak lengang. x sesibuk waktu pulang untuk berhari raya hari tu. . .

indah sanggat permandangan waktu malam di kuala lumpur. . . jika saat mata melihat adanya kamera untuk merakamkan semua tu . . fuh! . .luasnya bumi Allah Taala . .

pilunya hati, kali ini bersendirian . . .orang tersayang x balik bercuti . . .
 

Blog Template by BloggerCandy.com