Showing posts with label karyaku. Show all posts
Showing posts with label karyaku. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

saBar


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


credit to goggle


Wahai diri,
Sabarlah dengan kesabaran yang sunggguh-sungguh
Memang di usia ini perasaan ini sangat membara
Kau inginkan ada ‘teman’
Kau inginkan kasih sayang
Kau ingin kebahagiaan
Kau ingin hidup yang berbunga bunga
Tapi, diriku,
Kau ingat tak?
‘teman’ yang kau inginkan itu tidak halal untukmu
Kasih sayang yang kau inginkan itu bukan untukmu
Kebahagian yang kau ingin miliki itu hanya tipu daya semata
Hidup yang berbunga-bunga  yang kau sangka akan membuatmu tersenyum lebar itu punca titik hitam pada hatimu malah akan mencampak kau di tempat yang hina
Wahai diri,
Semua ini ujian dari PenciptaMu
Sejauh mana kau kawal perasaan itu
Sejauh mana kau meningkatkan ingatan kepadaNya
Sejauh mana kau bersabar dalam itu
Sejauh mana kau ingin menjadi apa yang dikatakan muslimah sejati
Wahai diri,
Jangan kau mudah untuk tumbang
Tanamlah akar saat ada lagi masa untukmu mengukuhkannya
Tutup lah pandanganmu pada persekitaranmu
Kau harus
Rasakan untung kerana Pencipta kepada perasaan itu masih mencipta
Kekuatan untuk kau merasa kemanisan yang lebih di kemudian hari
Kau harus, diriku
Wahai diri,
Jangan kau punca misinya gagal
Kelak kau akan dipersoal
Kau ada rasa sedar
Kau ada akar yang sedikit kuat
akar itu hanya perlukan baja yang berkualiti tinggi
Semoga baja itu mampu kalahkan nafsumu

Monday, July 4, 2011

Kisah KESAH ke TAK KESAH


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Selawat ke atas junjungan s.a.w , ahli keluatga serta para sahabat baginda
Ada orang dia KESAH bila menunggu lama

Tunggu apa-apa jer

Tunggu abg berurusan , tunggu adik berak dalam tandas, tunggu mak siap sapu lantai

Tapi, ada juga orang yang TAK KESAH apabila perlu menunggu

Sebab?

Dia isi kekosongan masa tu

Ngorat orang lalu lalang ke, baca novel Hlovate ke, selawat ke, ulang ayat hafazan ke




Kadang-kadang ada yang KESAH bila naik motosikal

Macam macam alasan

Panas lah, nanti hujan basah lah, gayat lah , tak de ‘klas’ lah

Tapi, ada juga yang TAK KESAH langsung

Sebab?

 jimat masa, jimat minyak, merapatkan hubungan couple haram , rasa hebat bawa laju-laju




Ada orang KESAH bila tengok orang senang

Senang dari pelbagai aspek

Hidup bahagia, dipercayai , ramai kawan, duit sentiasa cukup

Tapi, ada juga yang TAK KESAH langsung bila tengok orang senang

Sebab?

Sedar itu semua kurniaanNya, rezeki masing-masing, dia rasa dia lagi hebat, rasa diri lagi senang



Ada orang KESAH bila tak calit bedak kat muka

Untuk penampilan yang baik

Rasa yakin dengan diri, boleh cover apa yang patut, jadi perhatian orang

Tapi, ada yang TAK KESAH langsung

Sebab?

Tak sempat, bedak habis, dah memang cantik, dah cukup yakin dengan diri



 
 Kadang-kadang ada yang KESAH bila duit dalam dompet kering

Tak boleh nak beli apa-apa

Bag comel terbaru, pencuci muka, tak boleh nak sedekah,

Tapi, ada yang TAK KESAH langsung bila duit dalam dompet kering

Sebab?

Mak bapak punya tak kering lagi, hujung bulan dapat lagi, nafsu boleh kawal



Ada yang KESAH bila buat silap

Kata lainnya dosa

Tinggalkan solat dengan sengaja, mengumpat, maki hamun dang seangkatan dengannya

Tapi, ada yang TAK KESAH langsung bila buat silap

Sebab?

Dah salu buat, TAPI, KENA INGAT INI SATU YANG BERBAHAYA DENGAN KESIHATAN HATI KITA

sama sama kita ingat
Bukan sakit jantung, kanser paru-paru tetapi BARAH yang akan buat kita PARAH YANG TERAMAT UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T
 

Blog Template by BloggerCandy.com