Wednesday, June 29, 2011

as a babysitter

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda

             I work as a babysitter. Seawal hari pertama aku tiba di rumah, aku dah ada jawatan ni. Saffiyyah Ameera nama si kecil tue. ( sayu hati sebab member len merasa keje kat luar rumah . . . yelah. . .aku keja kat dalam rumah) apa yang penting pekerjaan aku nie, 2 in 1. Bekerja sambil belajar. Belajar untuk menjadi seorang ibu. Belajar memahami erti satu-satu tangisan. Cecechhhhh ( awalnye ngko nak amik ilmu jadi ibu nie? . relax la bri . .my mom dah kawen apa time umur macam aku nie) alhamdulillah, peluang yang tak terjangka. Ada satu ketika dulu, aku pernah imagine how if my mom having a baby when I am 20. Adik aku. Dan , Allah dah bagi peluang kat aku, beb. Jangan jeles.

            

                Aku tak tau what reason kalau aku tengok wajah si kecil nie, ada satu perasaan yang best. Yelah, ada orang kata kalau kita tengah marah ke, penat ke, menyampah ke, kita tengok je wajah baby.insyaAllah hilang rasa yang tak patut2 tu. Why? Coz si kecil nie tak banyak dosa lagi . katanya . . . 




           The special about baby yang aku jaga nie, dia dididik sejak kecil untuk akrab dengan Al-Quran dan zikir2. I mean dia kalau dengar bacaan Al-Quran and zikir2 nie, kompom senyap arr. . tue yang aku boleh perhatikan. Anak ustaz dan ustazah lah katakan. Lagi satu, for the first time aku tidurkan dia just perlu nyanyi2 ( selawat + zikir2 ) . ada satu petang tue, aku alunkan lah selawat ( lenggok mcm waktu perarakan maulidur rasul tiap tahun orang buat tu) , then, sikecil nie pun senyum2 dan goyang2 badan. Si kecil terhibur rupanya. Kiranya, si kecil nie menyuruh kita agar selalu ber selawat. Program tv yang dia minat ialah Indahnya Iman kat astro Oasis. Setiap pukul 1 tgh hari & 4 ptg. Time takyah lah nak ajak dia main, kompom kecewa tak kena layan punya.

Takat tu je lah nak story , bri .

 p/s: banyak lagi pic latest. malas nak transfer2. daripada bertiarap sampai ke merangkak. best tengok perkembangan biak kecik ( baby )

Tuesday, June 28, 2011

cooking = memasak


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang


Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w , murabbi agung sehingga hari akhirat, serta kaum keluarga dan para sahabat.
Entry kali nie nak cerita pasal memasak.

Dulu bukan aku tak pandai memasak, cuma tak sehebat aku memasak sekarang ( ek ele minah nie . . ) aku tak suka nak tinggi diri tapi, aku memang pandai memasak. benda pertama aku masak dalam hidup nie, ialah air ( masak air) . ( normal lah tu, apaaaaaaaaaaaaaa) sabar2 jangan cemburu. Yang kedua, mee segera. Hahaha . padan muka ngkorang.

Dulu aku bukan tak pandai masak nasi, tapi tak sesedap nasi yang aku masak sekarang. Ala, memang lojik lah aku tak pandai masak nasi sebab tu aku tak kapel2. Eh! Uuupsss!! Apa aku cakap nie?. Setiap kali perhimpunan Bonda Puan Pengetua salu mention kalau tak pandai masak nasi, jangan berangan nak kapel2. Nak makan pasir apa ( dushhhh). Terima kasih kepada ibu dan bapa yang ajar. Lagi2 kat bapa aku. Tanpa tak disedari , di situ lah terdapat kebesaranNya. Sukat air guna jari telunjuk takat garisan pertama. Subahanallah . Petua terbaru, kalau nak nasi tu sedap, bubuh sedikit garam ( abg aku ajar)

Next, masak sayur. Apa2 sayur yang ngkorang nak masak masukkan dulu benda asas ( bawang merah dan putih, sapak( nya org limbang – inda ku tau tu eh apa BM nya ). Then , kalau sayur2 yang berbatang, masak batang terkebih dahulu. Kemudian daun. Jangan lama sangat. Nanti hilang keenakkan sayur.
Benda aku paling suka makan ialah PaSta! Sampai hari ni aku belum temui rasa yang sangat2 enak . maknanya aku dah sampai tahap sangat enak .(heheheheh)


Apa2 pun, dalam buku Kak Timah ( Fatimah Syarha – sekati nya ajak nunggah org gya) sambil memasak tu banyakkan berselawat dan doa kepadaNya , semuanya sedap ( berkhasiat) dan bukkannya banyak becakap lagi2 menganyam ketupat ( antara reason aku selesa bersendirian di dapur lain lah kalu suami yang temankan ( cececehh .. . .melayang) . . .kira ok lah tue)

Monday, June 20, 2011

selamat hari bapa


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w , ahli keluarga serta  para sahabat baginda.




 
First of all, aku memang sengaja lewatkan post about hari bapa ni. Sebab? Sebab aku tau hari bapa tu hari mengenang jasa seorang bapa dan aku tak nak mengenang jasa hanya untuk sehari . tu lah sebabnya walaupun aku tau sebab yang utama ialah- aku terlupa + sibuk + melancong . . .hehehe
Apa jasa bapa aku kat aku? Hish banyak. Tak bleh nak type kat sini takut over words nanti* ada ke macam tu?
Aku nak story kat korang lah apa yang paling melekat kat kepala aku sampai la nie
Dulu , waktu aku kat pra-sekolah, mula-mula aku masuk kelas tue, aku tak nak berenggang dengan bapa aku. Dorang cakap aku pernah gigit tangan cikgu aku sebab bapa aku nak blah dari kelas tue.* minta maaf , cikgu. Jadi, bapa aku ambil keputusan yang sangat tepat untuk meletakkan satu meja kecil di hujung luar kelas aku. Kiranya tu bilik guru istimewa sementara lah untuk bapa yang sayangkan anak perempuannya. Fuhhh, jangan cemburu ye. Ada satu hari tu, aku minta kebenaran kat cikgu untuk tengok bapa aku kat luar. Tau apa jadi? Bapa aku dengar rupanya permintaan aku tu lalu berdiri dan aku melihat beliau dari dalam( bleh imagine tak? Tersentuh sangat2 kalau aku ingat kembali)  . Nasib baik bapa aku cikgu kat sekolah tue. Tapi, keadaan tu tak lah lama mana. Aku sendiri yang halau bapa aku dengan cara terhormat. Maksud aku, aku dah boleh biasakan diri dan beliau tidak perlu menemaniku lagi. Heheheh . .

Aku juga ada bapa angkat tau  . .aku panggil beliau ayah.
Ayah nie baru je kenal. Paling tepat sehari sebelum raya haji tahun lepas. Beliau angkat aku. Hish . Jangan  imagine lelebih. Jasa yang aku kira the best bila barang aku overweight beliau lah yang tolong settle kan



Kepada bapa dan ayah aku
SELAMAT HARI BAPA!

Friday, June 17, 2011

when hate > love, what happened?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w , ahli keluarga dan para sahabat baginda.


bila memperkatakan soal hate = benci, dan love = suka, aku selalu tertanya-tanya. adakah dua perasaan ini sama? is it equal?

 perasaan ini akan timbul pada bila - bila masa
ada juga pepatah ke apa yang mengatakan, bila kita sayang sesuatu / seseorang biarlah berpada-pada dan demikian juga perasaan yang sebaliknya.

jadi, apa yang aku nak katakan di sini aku hanya ingin meluahkan apa yang aku ingin luahkan ( adui . . apa ni?)

aku pernah merasakan apabila rasa sayang mula hadir akan ada satu bisikan yang menyuruh aku berwaspada, dan apabila perasaan benci hadir ada bisikan yang membuatkan aku beristigfar

suatu ketika, member aku pernah kata kat aku, kau ni terlalu positive
bukan apa, memang aku latih diri aku begitu
apa-apa pun yang terjadi kita mohon pada Allah s.w.t agar semua yang buruk bertukar kepada sesuatu yang lebih baik

sekiranya, kira mempunyai masalah dengan seseorang, tempat yang terbaik daripada yang terbaik ialah mengadu dengan Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik dan Dia lah yang mengerakkan hati-hati kita.

pernah aku terbaca dalam satu artikel yang mengatakan bahawa jika kita set minda kita untuk perkara yang baik, insya Allah apa-apa yang berlaku selepas itu bagaimana pun , apapun yang terjadi selepas itu, kita akan sentiasa berlapang dada. sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala. apa-apa yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. agak klise bunyinya tetapi itulah hakikat kehidupan.

maka bersyukurlah atas segala nikmat pemberianNya. Perasaan sayang dan benci itu dugaan daripadaNya untuk menjadikan kita hamba yang terbaik

Thursday, June 9, 2011

4 hari 3 malam + 1hari siang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah pencipta sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda.


4 hari 3 malam + 1 siang hari

 Hari pernikahan 29 mei 2011


Seawal 6.30 pagi perjalanan dimulakan. Nasib sedikit kurang baik apabila terpaksa berbaris selama 45 minit di sempadan kuala Lurah. Kami tiba di rumah pengantin lelaki lebih kurang pukul 10.30 pagi. Selesai bacaan doa dan menikmati jamuan, kami berangkat ke rumah pengantin perempuan. Aku dan sepupu ain sudah tersenarai sebagai pembawa dulang hantaran. Kami menaiki bas ke sana. Apa yang mengelikan hati apabila bakal pengantin memandu kereta sendiri. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Sebelum tiba di rumah pengantin perempuan, rombongan singgah untuk menunaikan solat fardu zohor di masjid berdekatan. 




mak aku sibuk mengarah untuk angkat semua pakaian kami




  
ni dulang hantaran yang aku bawa

4 hari 3 malam


               Ni sepupu kedua tetapi pertama di sebelah bapa aku. Kami agak jarang untuk bertemu sebenarnya berikutan tempat pengajian dan masa cuti yang berbeza. Lagi2 mereke tinggal di Brunei Darussalam dan aku dan beberapa keluarga kecil yang lain di Malaysia ( kata org Tawau . .trap jauh kunun) ini lah kali pertama kami bersama sepupu sepapat . Hanya  4 orang sahaja lgi genaplah jumlah cucu Hj Matzin dan Allayarhamah Hj Halus. Seorang kat luar negara, seorang kerja di KL , seorang praktikal di Perak,seorang Diploma di UiTM Shah Alam . Bertolak dari rumah hari khamis 10.30 pagi sejurus setelah berkemas barang. Tak pernah dalam hidup kami sekeluarga bermalam di tempat sedara tempoh masa begini. Hehehe  . . . .


 majlis berbedak

Apa yang aku dapat? ( lagak post mortem)
1 . mengenali sedara mara ( sepupu mak ) . ada juga yang buat pengakuan baru pernah tengok aku. Maklumlah, aku kat sekolah menengah kat luar daerah
2. aku agak pendiam orangnya ( tapi, lau member aku dengar, hmmmm). Baru la beramah mesra ngan sepupu sepapat kalau berkumpul macam nie. Ramai lelaki dari perempuan.
3. menjadi pembawa hantaran
4. menjadi penyambut tetamu ( pengalaman yang menyeramkan)



Sebelum pulang sempat kami merakamkan sebuah foto


Selamat Pengantin Baru. Sehingga berkekalan hingga ke akhir hayat

Wednesday, June 8, 2011

silent is the best solution

Dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Silent mean you keep your mouth shut and hopefully your heart too. 
When you have to silent?
When there is something to disscuss but you are not really important in
When there is something to disscuss but you are not really know what to disscuss
When everyone wants to win , everyone wants  their opinion being accept
When there is something will make you angrier
when one day people want to leave you alone
when people who very close to you being far away
when everythings need the best decision
Just be silent then silence will come after and trust that everythings will be alright

Tuesday, June 7, 2011

hav noting to say

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



i want to tell you all
that
i have nothing to say
but
i want to share everythings
for sure, nothing to say is everythings
 

Blog Template by BloggerCandy.com