Monday, October 29, 2012

analisis persekitaran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabt baginda

 
‎'analisis persekitaran'? tak perlu kot. . . analisis benda yang paling dekat dengan kita dan kita tahu asal usulnya . . analisis diri sendiri lagi baik kot . . ;analisis persekitaran' untuk ambil pengajaran ok kot tapi kalau nak mengkritik , kalau nak mengutuk . .sangat tak perlu rasanya . .

''engsot ckit ke arah nok lebih bait, ok rasanya'' ke guane?

kalu tentang ini:

Pada suatu ketika, iaitu semasa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah berkata, "Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah, "Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia". Jawab Aisyah, "Bukankah itu perkara yang benar, ya Rasulullah". Maka jawab Rasulullah, "Itulah yang dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta namanya".

sama sama kita saling mengingat

  

telinga orang yang bercakap lebih dekat dengan mulutnya

jari orang yang menulis lagi dekat dengan dirinya

semoga dengan menperingati akan sentiasa ingat



nak jadi baik itu susah sebab syugra itu mahal

nak jadi baik


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah. Pertama dan selamanya . selawat ke atas nabi s.a.w , ahli keluarga , para sahabat baginda.

Sudah lama saya tidak menconteng di sini <- .="." ayat="ayat" klise="klise">

Tak mengapa. Semua itu atas kehendakNya jua. Kekangan masa mahupun idea
Semua orang nak jadi baik. sebab itu fitrah manusia. Sejahat mana pun manusia, segelap mana pun masa lalu manusia jauh di lubuk hatinya tetap membisikkan keinginan untuk menjadi baik. berubah dari baik ke arah yang lebih baik. sama ada nak atau tidak. Kuat atau tidak. Ada usaha atau tidak. Persekitaran membantu atau tidak. Itu sahaja

Saya nak jadi baik. Saya tidak dibesarkan berlatar belakangkan sekolah agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak faham agama. Itu bukan alasan untuk saya tidak mengamalkan agama. Percaya atau tidak, pendidikan berlatarbelakangkan sekolah agama itu sebenarnya membantu untuk hidup dalam keadaan mengamalkan cara hidup islam. Hidup faham islam. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dan itu juga pilihan. Nak amal apa yang dipelajari untuk hidup atau hanya untuk mengisi ruang kosong jawapan pada kertas peperiksaan.

Saya nak jadi baik. Tapi, persekitaran saya tidak mengizinkan. Dalam hal ini, tidak perlu kiranya untuk membuktikan kebenaran lagu ‘bangau oh bangau’. Sampai bila pun tak akan jadi bila asyik menyalahkan dan terus menyalahkan. Ada ruang , ada peluang. Dalam kehidupan, kiranya dalam konteks mahasiswa, kerana saya mahasiswa, peluang dan ruang itu di mana sahaja. Antara nak atau tidak. Antara nak pilih majlis ilmu atau hiburan. Mahasiswa kan remaja. Tapi , kena ingat mahsiswa adalah pemuda. Siapa nak warisi sultan muhammad al-fateh, siapa nak warisi salehuddin al-ayubi , siapa nak ikuti salma al farisi?

Saya nak jadi baik. Masa silam saya selalu berlegar di minda. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira keadaan. Senang cerita , jangan hukum masa depan dek kerana masa silam itu gelap. Lebih kurang begitu lah bunyinya. Tolong, tolong dan tolong beri peluang pada diri. Allah bagi kita peluang tanpa kita sedari. Dan , sekali lagi tolong bagi peluang at diri. Diri saya!!
Saya nak jadi baik. tapi saya tak kuat. Cari kekuatan. Minta kekuatan kepada Pemilik kekuatan. Allah ada. Jangan pernah untuk lupa

Ayuh!
Saya nak jadi baik
Awak nak jadi baik
Kita nak jadi baik
Jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal
 

Blog Template by BloggerCandy.com