Tuesday, June 29, 2010

rindUnyeeee. . .

ni time kelas eng yang last. . .aq yang atur kelas nh. . .





boleh tahan gak dorg ni posing maut


ni time nak shooting keja ict4me . . aq gak yang handle video



boleh tahann. . . .

baRu terasa kesibukan. . .

huh. . hati dah kat tempat baru daa
tggl beberapa hari je lagi kat kpg nh
akan merantau lah diri ini ke negeri penyu bertelur . . betu ke tu?. . mana2 lah
masalah nyer tak settle lagi nh..... ada lah dua tiga perkara lg tggl . .byk nak cter tp kena dahulukan yang utama lah

Thursday, June 17, 2010

Tiada sesiapa terima sesiapa yang GAGAL

Aku dengar ayat ni kat satu iklan drama dalam tv. Apa maksud nya? Kalau yang bertentangan dengannya ialah sesiapa yang BERJAYA akan diterima oleh sesiapa. Lebih kurang begitu lah agaknya. Sejauh mana kebenaran nya?. Mungkin emosi aku boleh bagi jawapan. Aku tak tahu apa dah jadi dengan emosi aku. Tapi, aku boleh rasa macam tu lah. Orang tak boleh terima aku sebab aku GAGAL. Tapi, tu dorang yang kata. Bagi aku aku BERJAYA. Sejauh mana orang nak kata aku gagal biarlah. Yang sebenarnya definisi gagal dan Berjaya itu tertakluk kepada individu masing-masing. Bagi aku , aku dah Berjaya. Kalau nak diikutkan , Berjaya ni ada lagi piawaiannya. Lulus , baik , dan cemerlang. Tak kira lah. Janji aku sudah lalui semua tu. Aku lalui dengan sentias berfikir bagaimana aku nak pertingkatkan lagi kehidupan aku. Macam sebelum ni, aku selalu cakap kat diri aku sendiri. Semua itu ujian daripada Allah Taala. Nikmat ke. Musibah ke. Semua itu ujian daripada Nya. Hidup ni kalau tak ada ujian bukan lah namanya hidup. Ala, macam orang selalu kata tu. Hidup ini penuh dengan cabaran. Kat sekolah pun selalu ada ujian apatah lagi hidup ni. Nama Kementerian Pelajaran Malaysia atau kat mana negara je, tetapkan untuk melangkah ke satu tahap tu kene ada peperiksaan? Macam tu lah juga hidup. Satu satu peristiwa tu silibus. Pahit manis dalam menjalani hidup tu pelajaran.

Tuesday, June 15, 2010

hiNanya aku. . . .

“Biar aku hina sebab nak tuntut ilmu

Jangan aku hina sebab aku sombong”

Mulai malam itu, aku mempunyai satu tekad yang baru. Pertemuan dalam masa satu jam setengah dengan pensyarah kimia itu bukan sahaja menambah kefahaman kat kimia tetapi juga dalam menuntut . Ilmu sebagai seorang pelajar. Sir tu kata ramai nya pelajar ari ni malu nak bertanya. Kiranya dah tahu dan faham lah tu. Tetapi pada hakikatnya, TIDAK!.

Aku fikir semula. Kenapa lah kaki aku ini selalu berat untuk pergi ke menara pentadbiran? Antara alasan yang selalu tercipta di kepala aku, aku belum bersedia. Tapi, setelah malam itu juga, menara pentadbiran adalah tempat yang aku suka nak pergi walaupun kadang2 tiada tujuan Cuma menemani rakan. Dengan cara itu, aku tiada rasa tidak biasa dengan tempat tersebut. Sekaligus, aku boleh bertanya dengan mana2 pensyarah pun tentang kemusykilan yang aku ada terhadap pelajaranku. Kebahagian dapat aku rasai. Memang pada mulanya agak kekok . lebih lebih lagi bila ayat azimat ni terpacul “ni pun awak tak tahu?” biarlah saat itu aku rasa hina asal aku dapat menulisnya ketika menjawab peperiksaan dengan izin Allah Taala.

Monday, June 14, 2010

diaRIku semalaM. . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang

Ana dipertemukan dengan alumni sahabat al irfan. Ana diberi peluang oleh Allah untuk bersama dengan Kak Ellya. Seorang yang bersahaja dalam menyampaikan pengisiannya. Namun, dari dasar hati ana, ana akui kakak seorang yang tegas. Hidup mesti ada FOKUS. Itu yang masih terngiang di gegendang telinga ana. Kalau kita miliki satu fokus, kenapa mesti kita hiraukan yang dsampingannya? Yang tidak memberi apa-apa manfaat. Ana bersyukur. Dalam keadaan jiwa yang terumbang ambing, Allah gerakkan hati ana untuk pergi ke program tersebut walaupun rasa penat sepanganjang petangnya masih bersisa. Allah sayangkan ana. Mungkin ana yang tidak pernah menghayati kasih sayang Allah. Dalam pengisian itu lagi , kak Ellya tegaskan , ingatlah Allah sentiasa bersama akak dan antum. Mana punca kenyataan itu disuarakan ? Dari persoalan sempatkah habis silibus yang banyak tetapi masa hanya tinggal terlalu singkat. Ingatlah . kita mesti yakin. Allah sentiasa bersama. Kertas peperiksaan itu manusia yang buat. Kuasa Allah Maha Besar. Kita yakin Allah bersama kita dalam dewan pepriksaan itu. Mohon Allah tolong kita. Yakin dan pasti Allah akan tolong kita. Tapi, dengan syarat usaha! Allah tidak tengok hasil kerana hasil itu Dia yang bagi. Tetapi, Allah tengok usaha kearah mencapai sesuatu itu. Sejauh mana kita mampu berdiri dengan izin Allah. Jangan sesekali mengatakan kepandaian yang dimiliki sebab kita belajar. Tapi, ingat ! Hanya dengan izin Allah , semua itu terjadi. Seterusnya akak ingatkan kami, untuk sentiasa memperbetulkan niat. Kalau niat tak betul, jangan harap apa yang diimpikan akan diperoleh. MUJAHADAH. Selalu dengar. Tapi, ana mengakui, baru memahaminya malam tadi. Pertemuan yang amat singkat tetapi membuatkan hati ini sayu. Membuatkan akal untuk berfikir. Pertemuan kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerananya. Ilmu hanya akan menembusi hati yang bersih. Kerana ilmu itu cahaya. Jadi, hati kenalah dijaga. Macam mana , kak? Elakkan maksiat. Lagi-lagi couple. . .

My haPPy ending

So much for my happy ending
Oh oh, oh oh, oh oh...

Let's talk this over
It's not like we're dead
Was it something I did?
Was it something You said?
Don't leave me hanging
In a city so dead
Held up so high
On such a breakable thread

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

[Chorus:]
You were everything, everything that I wanted
We were meant to be, supposed to be, but we lost it
And all of the memories, so close to me, just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending
Oh oh, oh oh, oh oh...

You've got your dumb friends
I know what they say
They tell you I'm difficult
But so are they
But they don't know me
Do they even know you?
All the things you hide from me
All the shit that you do [CD version]
All the stuff that you do [radio edited version]

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

[Chorus]

It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done

[Chorus x2]

[x2]
Oh oh, oh oh, oh oh...
So much for my happy ending

Oh oh, oh oh, oh oh...

happy ke aku? hahahahaha . . . . iakan je lah. . .sekarang aku happy . . aku ego? mana2 lah ...janji aku bahagia. . .

Sunday, June 13, 2010

Nyaris aku bergelar penjenayah


Pesal ramai sangat orang nih ( area depan bilik warden) ? kecoh semacam. Malam tu ustaz bagi aku pinjam komputer yang ada kat dalam bilik warden untuk buat list nama muslimah. Tgh aku syok menaip, aku tercuri dengar lah (mmg aku nak dgr pown). . . hahaha. . .bapak sorang budak form 1 yang kata anak dia dibuli. Kranya nasihat beramai-ramai pada malam tue ( 2 mac 2007, npe aku bleh ingat? Pasal tu bufday seseorng) dikatakan BULI! Aku dan kengkawan pown pnah gak rasa cam tu time ktorg pom1 dlu. Ktaorg memang berfikiran terbuka(open minded) konon. Tak pernah pown kami cakap kakak-kakak yang maki kami habis-habisan tu buli kami. Kami kata itu teguran daripada dorang untuk kami . kalau tak , kami tak jadi professional sekarang nh ( perasan lagi aku. . . huh). Yelah….. torcher beramai-ramai(bahasa sopan menasihat beramai-ramai) tu memang budaya budak asrama. Tapi generasi baru ( selepas batch kami kalau x silap, coz batch lepas kami tu minggu orientasinya berTEMAkan kasih sayang ….pasal ada anak buah pengetua lah thu….) kata itu BULI. Saat tu jugak perkataan buli itu digunakan. Kami hadiahkan kepada golongan mereka nie gelaran anak manja! Napa? Orang nak ajar hidup berdikari dikatakan membuli pulak. Kra baik apa, senior nak ajar daripada dibiar tak pandai nak susun loker, tak pandai nak cuci baju, seterika baju and so on. Tapi, tak semua lah dorg cam tue. Adik bilik aku ok jer….heheheh. . aku sayang dorang. . .

Alkisahnya, malam tue kami sambut bufday kawan sorg tu. Time makan2 tu, mcm2 lah di dgr kengkwn nie ngadu kat kami2 yang bergelar pemimpin peljar (konon lahhhh). Korang x nak tegur dorng nie ke?

Bersambung . . . .

innocence

Waking up I see that everything is OK
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

[Chorus]
This innocence is brilliant
I hope that it will stay
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

[Chorus]

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry
It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's so beautiful it makes you wanna cry
This innocence is brilliant
Makes you wanna cry
This innocence is brilliance
Please don't go away
Cause I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by

imtiHan dUnia. . .


April 5, 2010


No tempat duduk B064 , berlokasi di makmal kimia 4 Kolej matrikulasi Labuan. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Ana datang setengah jam tambah sepuluh minit awal ke pusat peperiksaan. Seperti yang dinasihatkan. Empat kali berada di medan matrikulasi dan inilah kali pertama medan berpenghunikan wirawati semuanya. Persoalan pertama yang terpacul dari mulut rakan , x panas kah? Selesa ke duduk ujian di makmal? Meja besar dan tinggi. Risau juga pada mulanya. Diajaklah teman untuk melawat pusat peperiksaan sehari sebelumnya. Dalam 3 minit sampailah dari bilik. Mana ada guna meja besar tu. Siap atas kepala satu kipas sorang lagi. Napa jadikan persekitaran alasan? Ala, biasalah tu. Nak psiko orang la. Manusia . biasalah. Alhamdulillah, hari pertama berlangsung dengan lancar.

seBak daDa ini. . . .


Sebak dada ini. Mendengar kisah yang dilontarkan oleh rakan seperjuangan tentang rakan yang pernah akrab dengan diri ini. Dia sudah terlalu jauh. Siapa aku untuk menegur dia? Aku bertanggungjawab kah atas semua ini? Aku pernah jahil. Aku pernah mengalami semua itu. Bezanya, tidak lah sampai ke tahap itu. Allah sayangkan aku. Aku yakin Allah juga sayangkan dia. Apa aku boleh buat?. Aku mengaku. Aku masih dipermulaan dalam perjalanan tarbiyah. Yang kadang kala diri ini terlalu lemah. Tapi, hati ini selalu membisikkan. Tidak beriman seseorang itu selagi Allah tidak uji. Macam mana Allah uji kita? Dengan kepayahan? Dengan musibah?. Sedarlah wahai diri, nikmat itu juga satu dugaan. Allah ingin lihat sejauh mana hambanya mensyukuri apa yang di kurniakannNya kepada hambaNya. Dia hafal surah Yassin. Aku yakin masih ada keimanan walau senipis mana.



Ya Allah,

Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Ampunilah segala keterlanjuran

Yang kami lakukan sama ada kami sedari atau tidak

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui segalanya

Hadirkan lah dalam hati kami secubit rasa kesal

Atsa segala yang telah kami lakukan

Tunjukkilah hati ini jalan yanglurus

Sinarilah hati ini dengan cahaya hidayahMu

Kami akui kejahilan kami

Kami terlalu leka

Terlalu jauh dariMu

Bantulah kami

Perkenankanlah Ya Allah……….

 

Blog Template by BloggerCandy.com