Wednesday, January 26, 2011

pesanan . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. . .Allah masih pinjamkan diri ini nyawa . .udara yang x perlu untuk dibayar . . dan nikmat terbesar, iman dan islam..Selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad s.a.w , ahli keluarga dan sahabat baginda . .
satu pesanan ringkas yang diterima berbunyi
" kalau kita tidak sibukkan diri dengan agama , Allah akan sibukkan kita dengan perkara lain"
maknanya?
saya bercakap sebagai seorang mahasiswa (baru setahun jagung) .
kalau dibandingkan alam sekolah menengah dan alam IPT, sangat banyak perbezaan.
alam sekolah terutamanya sekolah berasrama (mengikut pengalaman), aktiviti yang dilalui majornya disusun oleh pihak sekolah ( badan-badan organisasi) membuatkan masa yang kita miliki sangat padat.


renung kembali . . .

Bangun pagi. Pergi ke kelas.Balik petang. Hadirkan diri ke surau. Dengar tazkirah atau perkongsian. pergi kelas malam (prep) . balik. yang tak sempat siapkan kerja rumah kat kelas persediaan , sambung buat.

beginilah rutin seorang pelajar yang hidup di asrama. menghadapi perkara yang sama setiap hari. mungkin ramai yang merungut. tapi jika kita fikirkan kembali , kita diwajibkan untuk hadir ke surau dan mendengar peringatan demi peringatan , sedar atau tidak, kita mengisi jiwa kita sebenarnya. kadang-kadang kita tidak menyedarinya. hati dan fikiran yang didominasi oleh kata-kata yang negatif, contohnya- "kena sindir lagi aku nie"- "dia nie asyik ambil nama aku je, tau lah aku salu datang lewat" dan sebaginya telah membuatkan kita buta seketika.

saya yakin sangat-sangat, dalam seminggu itu , akan ada pengisian yang membekas di jiwa kita walau sedikit. namun , rasa ego kita yang membuatkan kita tidak mengakuinya.

itu rutin 5 tahun ( ada yang 2 tahun) yang kita jalani tapi hanya sedikit yang sedar. Apa yang ingin saya sampaikan di sini masa itu padat. Tidak pernah ada masa untuk kita melakukan perkara yang tak sepatutnya sebenarnya. Jiwa kita terisi setiap masa.

TETAPI, bila kaki kita melangkah ke alam IPT, bermula dengan matrikulasi, rutin mendengar tazkirah selepas maghrib itu ramai yang meninggalkan. Bukan maksud saya lepas maghrib kita mesti dengar tazkirah. Tidak. maksud saya, kita mesti isi jiwa kita dengan peringatan setiap hari. Walau dengan satu patah perkataan yang membuatkan kita ingat akan Allah. Menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Sibukkan diri dengan perkara begini mampu elakkan tangan kita , mata kita, mulut kita dan anggota tubuh lain kita daripada benda yang tak berfaedah. Kita kena ingat kawan-kawan, kita kan dipertanggungjawabkan dengan segala yang kita lakukan.

Konklusinya,sama-sama kita manfaatkan masa kita. Segala apa yang saya lakarkan di sini ada lah untuk diri saya sendiri. Diri yang selalu leka , alpa dengan hidup dunia


Ya Allah pandulah hati-hati kami pada jalan yang Engkau redhai

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com