Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah. Pertama dan selamanya . selawat ke atas nabi
s.a.w , ahli keluarga , para sahabat baginda.
Sudah lama saya tidak menconteng di sini <- .="." ayat="ayat" klise="klise">
Tak mengapa. Semua itu atas kehendakNya jua. Kekangan masa
mahupun idea
Semua orang nak jadi baik. sebab itu fitrah manusia. Sejahat
mana pun manusia, segelap mana pun masa lalu manusia jauh di lubuk hatinya
tetap membisikkan keinginan untuk menjadi baik. berubah dari baik ke arah yang
lebih baik. sama ada nak atau tidak. Kuat atau tidak. Ada usaha atau tidak. Persekitaran
membantu atau tidak. Itu sahaja
Saya nak jadi baik. Saya tidak dibesarkan berlatar
belakangkan sekolah agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak faham agama. Itu
bukan alasan untuk saya tidak mengamalkan agama. Percaya atau tidak, pendidikan
berlatarbelakangkan sekolah agama itu sebenarnya membantu untuk hidup dalam
keadaan mengamalkan cara hidup islam. Hidup faham islam. Dari sekecil-kecil
perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dan itu juga pilihan. Nak amal apa
yang dipelajari untuk hidup atau hanya untuk mengisi ruang kosong jawapan pada
kertas peperiksaan.
Saya nak jadi baik. Tapi, persekitaran saya tidak
mengizinkan. Dalam hal ini, tidak perlu kiranya untuk membuktikan kebenaran
lagu ‘bangau oh bangau’. Sampai bila pun tak akan jadi bila asyik menyalahkan
dan terus menyalahkan. Ada ruang , ada peluang. Dalam kehidupan, kiranya dalam konteks
mahasiswa, kerana saya mahasiswa, peluang dan ruang itu di mana sahaja. Antara nak
atau tidak. Antara nak pilih majlis ilmu atau hiburan. Mahasiswa kan remaja. Tapi
, kena ingat mahsiswa adalah pemuda. Siapa nak warisi sultan muhammad al-fateh,
siapa nak warisi salehuddin al-ayubi , siapa nak ikuti salma al farisi?
Saya nak jadi baik. Masa silam saya selalu berlegar di
minda. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira keadaan. Senang cerita , jangan
hukum masa depan dek kerana masa silam itu gelap. Lebih kurang begitu lah
bunyinya. Tolong, tolong dan tolong beri peluang pada diri. Allah bagi kita
peluang tanpa kita sedari. Dan , sekali lagi tolong bagi peluang at diri. Diri saya!!
Saya nak jadi baik. tapi saya tak kuat. Cari kekuatan. Minta
kekuatan kepada Pemilik kekuatan. Allah ada. Jangan pernah untuk lupa
Ayuh!
Saya nak jadi baik
Awak nak jadi baik
Kita nak jadi baik
Jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal
No comments:
Post a Comment