Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Syukur yang tidak terhingga kepadaNya. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan s.a.w. , ahli keluarga dan para sahabat baginda.
23 Muharam 1431H
Alhamdulillah. Ana tiba di jeti lebih kurang pukul 4.05 ptg. Tidak kelihatan kelibat bonda dan ayahnda. Kapal express yang dinaiki tiba awal dari kebiasaan. Mungkin kapal bertolak awal dari selalunya (tak sempat pula nak tengok jam) hehe . . .
Nak dijadikan cerita, ana satu pelajaran lagi pada hari ini. Apa? Semalam duit yang tinggal dalam dompet jumlahnya RM30 (lebih kurang la). Jadi , dengan yakinnya ana pergi ke terminal feri Labuan tu dengan jumlah duit itu je (asalnya nak amik duit kat mesin ATM kat kolej senbenarnya) . Kononnya nak withdraw duit di terminal lah nanti. Dah turun bas, tinggal la RM 27.5 . tambang bas RM2.5. Dengan hati yang gembira , tanpa menghiraukan bag yang agak berat ditarik dan menuju ke mesin ATM. Yakin sangat-sangat. Napa ada seorang pengawal yang berbaju biru? Mesin dalam keadaan dibaiki. Ana masih mengharap. Nanti lah ambil duit tu. Simpan dulu bag ni kat bilik khas (bayar ketika ambil semula ). Macam mana ye? Ligat otak ana berfikir. Cuba tengok berapa jumlah duit syiling yang ada.
Alhamdulillah! Cukup RM28. Pergi ke kaunter dan beli lah tiket. Selesai!. Napa simpan bag di tempat tu? nak ke kedai lagi ke? Jalan-jalan? Tak sebenarnya. Malas nak mengangkut ke tingkat atas. Ana ni mudah sangat nak terjatuh sana sini. Walaupun berhati-hati berjalan, lau nak jatuh, jatuh juga. Ayah ana selalu pesan…….. apa? Kalau jalan tengok bawah..
Selesai solat zuhur, rehat-rehat je dalam bilik tu. Buat la apa yang patut. Tengok jam dah pukul 1.15 tgh hari. Nak pergi withdraw duit la. Lepas beli ole-ole sikit tu orang kat rumah. Jalan menuju ke mesin ATM. Nak tahu? MESIN DALAM PENYELENGGARAAN. Lebih kurang begitu lah ayatnya. Tak tengok sangat . takut terkantoi pula muka kecewa. Lama la juga ana berlegar – legar mencari kut-kut ada yang dikenali. Hampa. Tak ada. Macam mana ni? Duit yang ada dalam dompet hanya mata wang Brunei yang tinggal. Duit syiling yang ada tak sampai dua ringgit. Nak bayar tempat letak beg ni! Macam mana/
Dengan muka yang selamba, tanya la akak yang jaga tu. Bayar guna matawang Brunei boleh? Dalam hati Allah je yang tahu. Nasib baik dapat . walaupun duit yang dibayar tersebut lebih dari yang dibayar sepatutnya. Tapi, tak apalah. Janji dah bayar.
Pengajaran nye? Sama –sama kita pikir ye?
Thursday, January 14, 2010
Friday, January 8, 2010
NaPa balIK bEsok?
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah S.W.T atas pinjaman umur untuk hari ini. Atas nikmat iman dan islam dalam diri. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Bersyukur ana masih dapat melihat matahari, masih boleh membuka mata pinjaman Allah ini, dan menghirup udara sejuk di pagi hari. Alhamdulillah. Apa nak buat awal pagi nie? Cuti dah mula. . . . .
Ana nak biasakan diri untuk hidup berdikari. . Tu jawapan napa ana tak ambil keputusan untuk balik kampung bersama sahabat yang lain. Balik sorang ke? . . Tu lagi soalan . Ana jawab, mana ada balik sorang, nanti kat kapal express tu ada pemandu, dan pekerja yang lain. . Hehe (melawak pulak). Ya! Balik sorang. Semua benda kita kena pelajari. Suatu hari nanti ,kita kena juga hadapi sesuatu tu seorang diri. Jadi, tak jadi masalah la kalau ana nak berlatih dari sekarang.
Alasan kedua, malas nak kelam kabut. Semalam habis kelas pukul 11.30 pagi. Mesti pegi ke terminal dalam pukul 12.30 tgh hari. Ana tak nak. Nanti semua benda tak menentu. Dah bagitau mak dah. Mak kata Ok! . Risau juga parents ana sebab balik sendiri. .
InsyaAllah, semua nya akan berjalan lancar hari ni.

SekADar LuahaN haTI seoRAng haWA . . .
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bg Allah, tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Yang masih mengizinkan nikmat iman dan islam masih bertapak di dada. Selawat dan salam ke atas jujungan rasul yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Semak sudah! Itu pepatah seorang warga sabah yang sudah lama tidak memotong rumput yang tumbuh di kebunnya. . .tP, bukan itu yang ana ingin sampaikan. Ana nak kata . . Lamanya tidak mengukir di alam maya! . . Bkn apa , tiada kelapangan. Tapi, yang pasti, hati ini terlalu rinDu rasanya ingin menulis( taip lah) ,hehehe. . .Ana sekarang terlalu sibuk. Zahir dan batin. ApA tu?
Jeng! . . Tak ada apa sebenarnya. Biasalah. Masih digelar pelajar. Masih byk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Yang pasti, ana ingin hidup ! . .Apa ni? . . Hidup mental dan fizikal, hidup jasad dan roh. .selagi Allah pinjamkan hayat pada diri ana. . . Semoga eSok lebIh baik dan lusa leBIH HebAt.

Saturday, August 22, 2009
diaM tiDak seMestinYa peRgi. . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga , nikmat iman dan islam yang masih ada dalam diri ini. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Alhamdulillah, Allah s.w.t masih beri kekuatan pada diri ana untuk berdiri di atas kaki yang kadang-kadang rapuh. Mengapa? biarlah. . . .
"Kita terus membiarkan masa hadapan kita dipengaruhi oleh satu dua peristiwa sedih dalam hidup kita.Adakah masa hadapan bertanggungjawab atas peristiwa masa lalu? Sekiranya tidak, kenapa hukum masa hadapan anda?"
Ayat tersebut merupakan salah satu ayat yang ana petik dari sebuah buku yang bertajuk Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah.Ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam. Betul ayat tu. Kenapa hukum masa hadapan?
Rasa berSalah Dalam diri. Kenapa? sebab pernah lakukan. ya! ana pernah lakukan. Ana cuba ubah apa yang selalu singgah tanpa diundang dalam kotak pikiran ana. perasaan ini sarat sebenarnya. Tapi, itu bukan halangan untuk hidup baru bermula!
(wah,, tetiba rasa bersemangat)
Semoga Allah bantu dalam segalanya.
Friday, July 24, 2009
pedihnya HanYa Allah yanG TAhu...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat islam dan iman yang masih lagi dikurniakan dalam diri ana. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w. ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Apa yang pedih? Ana rasa bersyukur kerana Allah s.w.t mengingatkan diri ana yang lemah ini. Matlamat tetap tidak menghalalkan cara.Mungkin perkara itu lah yang menjadi hijab kepada tarbiyyah yang ana cuba perolehi selama ini. Pengajaran yang ana dapat ini akan ana jadikan satu yang benar-benar memberi manfaat dalam diri ana.
Sangat jelas, apa yang ana dan antum inginkan itu tidak semestinya apa yang kompom akan diperolehi.Kadang-kadang kebahagiaan yang Allah s.w.t berikan itu satu dugaan.Ana ini manusia, memang fitrahnya seorang yang lemah, alpa dan serba kekurangan. Mungkin apa yang ana alami pada hari ini , hanya 0.01% daripada silibus buku sekolah kehidupan.
Semoga Allah s.w.t memberi keampunan kepada kesilapan-kesilapan yang telah ana lakukan selama ini. Mohon kepada Allah s.w.t agar diri ana diberi kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Monday, June 29, 2009
KETika mEmeRLukan, teRpingGir. . .
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat islam dan iman yang masih lagi bertapak di dalam diri. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Persoalan perlukah ana memilikì seorang sahabat untuk berkongsi suka duka perjuangan? Perlukah ana memikirkan punca sesuatu kejadian? . . Ana fikir dan fikir. Kadang-kadang kita tidak semestinya memiliki apa yang kita suka. Tidak perlu ada rasa tidak suka pada apa yang diterima. Siapa lah diri ini untuk mengatur semua itu. Sesungguhnya Allah s.w.t lah sebaik-baik perancang. Dan semua itu ada hikmah di sebalìknya.
Perlukah ana peduli perasaan inì? . . Kadang-kadang terasa begitu terhimpit dengan perasaan sendiri. Hanya Allah yang tahu. . Itulah yang sering terpacul dari mulut ana. Sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan.
Ana tetap dengan ana punya pendirian. Mengadulah pada yang Esa. Sesak di dada hanya sementara. Dengan pengalaman belajar tentang kehidupan. . Semua yang bermula ada pengakhiran. Yang datang akan pergi.
Semoga Allah beri diri yang lemah ini kekuatan untuk berdiri di jalan yang benar.

Friday, June 12, 2009
LuaHan Hati yaNG x MamPu dinukilkan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur yang tidak terhingga Kepada Allah s.w.t atas nikmat iman dan islam yang masih dikurniakan kepada ana hingga saat ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat.
Minggu demi minggu dilalui dengan penuh kesabaran. Banyak cabaran harus ana lalui. Kebebasan hidup di alam kolej ini dugaan besar buat ana. Hati ana selalu memohon kepada Illahi agar terus berdiri di landasan yang sebenar.
Setakat ini yang dapat ana nukilkan. Besar makna yang ingin ana sampaikan walaupun sesingkat ini. Mohon Allah s.w.t berikan ana pertolongan agar segalanya dipermudahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)