Friday, February 13, 2009

Antara cinta dan cita?

Terpulang kepada individu masing-masing untuk mengutamakan yang mana satu. Ada yang akan memilih cinta lebih daripada cita dan ada yang akan memilih cita daripada cinta. Secara peribadi , saya meletakkan cinta dan cita itu selari.

Bagi saya, untuk mencapai cita, mesti ada cinta. Cita saya ingin cemerlang dunia dan akhirat. Dan dalam mencapai cita ini saya sematkan dalam diri saya untuk cinta dengan ilmu. Jadi, saya mengutamakan keduanya sekali.

Mungkin sesuatu yang silap jika seseorang yang menafsir cinta itu sebagai satu bentuk cinta untuk seorang lelaki kepada wanita, dan sebaliknya. Kerana, cinta yang sebegini kurang enak untuk pasangan yang belum mempunyai ikatan perkahwinan. Cinta monyet yang dikatakan ini hanya akan menjuruskan seseorang itu kearah kemaksiatan. Dan saat ini cita ketinggalan di belakang. Kerana cinta itu membutakan mata siapa sahaja.Bukan cita itu buta! Jangan di salah kan rasa cinta , tapi salahkan siapa yang silap menguruskan cinta itu.

Konklusinya, terpulang kepada orang yang menafsirkan apa itu cita dan apa itu cinta dalam dalam kamus hidup masing-masing.

Monday, February 2, 2009

Di manakah cantiknya seorang wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-kali memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan, sejuta perkataan belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan wanita.

Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran terhadap Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan itu. Namun betapapun di jaga, dipelihara, di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram … mata akan kelam…. Satu saja tidak akan di makan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman…

Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan. Kecuali wanita beriman.

Cinta Sejati????????

"Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.



Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


MORAL & IKTIBAR

o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang
berlandaskan keimanan yang tulen

o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia
sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat
nanti

o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu

o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak

o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas
landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
"

Wednesday, December 24, 2008

kebahagiaan kita berbeza dengan kebahagiaan mereka

seorang pesakit bakal sembuh sesudah sakitnya dan orang yang merantau akan pulang sesudah kepergiannya

siapa yang mengatakan kepada anda bahawa sesungguhnya muzik yang melalaikan, nyanyian yang hodoh, filem-filem wayang yang merosakkan, pertunjukkan teater yang mengkhayalkan, majalah-majalah lucah dan termasuk filem-filemnya akan mendatangkan kebahagiaan dan kesenangan?
orang yang berkata seperti ini adalah pembohong. Semua ini adalah sarana yang menjerumuskan, membuka jalan kesedihan, menjadi pintu kegundahan, kecemasan dan kesedihan hati. dengan benar-benar mengakui bahawa hal ini tidak bermanfaat, maka pergilah dari kehidupan yang menyengsarakanini, kehidupan yang tidak berguna, membuang-buang waktu dan penuh dengan orang yang telah melencung dari jalan Allah yang lurus, namun kemudian bertaubat darinya.
oleh kerana itu, menjauhilah dari pola kehidupan yang celaka lagi menyengsarakan ini, iaitu kehidupan orang-orang yang suka dengan main-main dan melakukan hal-hal yang tidak berguna lagi menyimpangdari jalan Allah yang lurus.
marilah membaca al-Quran dengan khusyu', membaca buku-buku yang bermanfaat, nasihat yang melelehkan air mata, khutbah yang menyentuh, bersedekah yang menguntungkan, dan bertaubat dengan sebenar - benarnya. Marilah kita pergi ke majlis - majlis rohani, zikir-zikir rabbani, semoga Allah menganugerahkan taubat kepada kita sehingga Dia memenuhi hati kita dengan ketenangan, kedamaian, dan kebahagiaan.

Wednesday, December 17, 2008

Salam perKenalan


Assalamualaikum
Selamat Datang ke Hati Yang Mencari

orang buat blog ana pun nak jugak
tak taw nak kata apa
harap dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama
mana taw boleh cari kenalan, pengalaman
ataupun belajar dari pengalaman

harapan ana agar blog dapat di kemaskini selagi nyawa dikandung hayat
dengan apa yang termampu

segala penambahan amat di alu-alukan
tak kira lah teguran , kritikan, komen, nasihat
yang PeNting boleh membina

Itu pangkalnya nak meNcari tu.....
JeNg jeNG !!
 

Blog Template by BloggerCandy.com