Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengurniakan kepada ana udara yang tidak perlu dibayar, juga kerana masih mengizinkan ana membuka mata dan melihat alam yang begitu indah yang dicipta olehNya. Lebih-lebih lagi , syukur kepada Allah S.W.T dengan nikmat yang tidak terhingga , iaitu, nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat.
Sebenarnya, ana tak tahu apa nak ditulis tetapi jari jemari ini tetap ingin menari di atas papan kekunci ini. Hati ini kekadang rindu. Tapi akal memberitahu untuk apa merindui kerana rindu itu hanya di sini. Kekadang rasa sunyi. Tapi, akal memberitahu hiburkanlah hati dengan zikrullah, hiburkanlah hati dengan selawat ke atas nabi junjungan s.a.w , sesungguhnya dengan melakukan semua itu hati akan sentiasa mengaharap cinta dari Pencipta cinta.
Kekadangan terimbau kenangan silam. Kenangan persahabatan di sekolah rendah . Ketika itu hidup terumbang ambing. Kenangan kehidupan di sekolah menengah. Hidup yang penuh dengan liku yang bersimpang siur. Disitu lah ana belajar erti kehidupan. Di situlah ana rasakan hidup ini perlu pengorbanan, perlu kesabaran yang tinggi, perlu menilai yang mana benar yang mana salah. Saat-saat genting yang diharungi menjadikan diri ana lebih kental walaupun hati di mengalirkan air mata. Di saat para pendidik memberi amanah yang dirasakan terlalu berat namun tetap dipikul agar diri mampu menjadi manusia yang berguna.
Ana ketika ini bercuti di rumah. Hari ini hanya tinggal 21 hari lagi ana akan bergelar seorang pelajar semula . Namun gelaran itu ditukar dengan gelaran penuntut kolej. Semoga niat ana untuk melanjutkan pelajaran tetap pada niat sebenar dan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment