Sunday, May 15, 2011

Hari Guru 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. . .selawat dan salam ke atasjunjungan s.a.w . ahli keluarga serta para sahabat baginda. .






16 Mei 2011 pada setiap tahun merupakan hari memperingati dan menghargai jasa setiap yang bergelar guru.


  SELAMAT HARI GURU KEPADA KEDUA IBU BAPA SAYA, GURU SEJAK LAHIRNYA AKU, GURU-GURU DI MALAYSIA , TERUTAMANYA ISTIMEWA KEPADA GURU YANG PERNAH MENGAJAR AKU BERMULANYA DI PRASEKOLAH SK MENUANG LIMBANG, GURU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SK MELAYU PUSAT, GURU TINGKATAN 1 HINGGA 5 DI SM SAINS MIRI, GURU DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, DAN GURU DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU SERTA ORANG - ORANG YANG MENGAKU AKU ANAK MURIDNYA . 




teramat bersemangat aku nak ucap. SEBAB? tanpa mereka siapa lah aku.

Ya Allah,
ampunilah dosa guru-guruku
panjangkan lah usia mereka
kurniakanlah mereka kesihatan tubuh badan yang berpanjangan
permudahkanlah pekerjaan mereka
berikanlah kesudahan yang baik kepada mereka
Amin....


KALAU nak bagi hadiah, aku perlu pergi ke sekolah2 yang aku pernah g
tak pe lah, ni khas buat para cikgu aku ( dorang baca ke?)

Terima kasih , cikgu
ucapan keramat yang sememangnya milik mu
bermula ABC dan 123
kau tak pernah jemu

Terima kasih, cikgu
dari zero aku pergi ke sekolah
hingga pada hari ini 
dan pada masa akan datang 
aku akan menjadi hero
kerana ilmu yang kau sampaikan 
aku mampu bezakan hitam dan puti
kecil dan besar
betul dan salah
segalanya . . .

Terima kasih ,cikgu
aku nakal kau ajar aku 
aku malas kau ajar aku
aku degil kau ajar aku 
aku melawan kau ajar aku
kau tetap ajar aku
walau apa keadaan ku

Terima kasih ,cikgu
ya!
kau ibarat lilin
hakikatnya 
kau lebih dari itu
Allah saja yang mampu membalas segala jasamu


p/s: rindu suasana Hari Guru di sekolah

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com