Tuesday, February 22, 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah kagi Maha Penyayang


Pertama dan selamanya syukur kepada Allah S.W.T atas kesempatan yang diberikan olehnya untuk segala-galanya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi S.A.W , keluarga, dan para sahabat baginda.

Hari ini diriku dah berumur 20 tahun. Setiap orang akan menanti akan kehadiran ulangtahunnya.Diriku juga begitu. Tapi, apa yang diriku rasakan pada hari ini, tak sama dengan apa yang aku lalui sebelum ini. Maksudnya, kegembiraan nak menyambut usia yang baru, sebelum ini .

Aku dah berusia 20 tahun. Apa yang ada dah aku miliki? Tercapaikah setiap impian yang lepas?
Apa impian aku yang akan datang? Sama kah seseorang yang mencapai usia 20 tahun pada zaman ini dengan zaman Rasulullah terdahulu? Sumbangan kepada agama? Banyak lagi yang aku perlu perbaiki hari ke hari . . .

SMS pertama yang aku dapat pada 21 Feb , dalam pukul 1 pagi . . .SMS pertama yang aku dapat menghampiri 22 Feb , seawal 11.48mlm . . terima kasih kawan , rakan dan sahabat . . saya menghargai anda semua!



Sunday, February 20, 2011

algebra linear bakal menyusul

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Test 1
25 Feb 2011
kk10

Thursday, February 17, 2011

Tahniah SAINSRI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

petikan daripada akhbar Kosmo

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.
Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama


p/s: tersenyum lebar

Friday, February 11, 2011

cuti pertengahan semesterku ... part 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah . . cuti kali ini diisi dengan pengembaraan ke Melaka dan Kuala Lumpur . . apa yang lebih mengembirakan hati ialah bertemu dengan sahabat - sahabat

syafiqah : saya dan dia asal sama
tapi, tak sempat pun nak jumpa cuti hari tu
dan, baru-baru ni Allah bagi kesempatan untuk kami bersama
bersama-sam menjelajah bumi Melaka ( tak lah semua tempat)


Farhanah : lepas habis form 5 ari tu, dah tak jumpa
saya g matrik, dia g persediaan ke Jepun
Alhamdulillah, Allah izinkan kami bertemu sebelum dia pergi ke Jepun
gambate kudasai, farhanah san!

Nadia : saya kenal dia masa kat matrik
bukan satu matrik
dia roomate kepada syafiqah masa matrik dulu
Allah atur perkenalan kami dengan subjek Biologi
sama kos punya pasal, perkenalan bermula
dan , baru berjumpa muka ke muka di Melaka
Alhamdulillah


kenangan di luar Dataran Pahlawan



perjalanan kami ditemani gerimis

Wednesday, January 26, 2011

pesanan . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. . .Allah masih pinjamkan diri ini nyawa . .udara yang x perlu untuk dibayar . . dan nikmat terbesar, iman dan islam..Selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad s.a.w , ahli keluarga dan sahabat baginda . .
satu pesanan ringkas yang diterima berbunyi
" kalau kita tidak sibukkan diri dengan agama , Allah akan sibukkan kita dengan perkara lain"
maknanya?
saya bercakap sebagai seorang mahasiswa (baru setahun jagung) .
kalau dibandingkan alam sekolah menengah dan alam IPT, sangat banyak perbezaan.
alam sekolah terutamanya sekolah berasrama (mengikut pengalaman), aktiviti yang dilalui majornya disusun oleh pihak sekolah ( badan-badan organisasi) membuatkan masa yang kita miliki sangat padat.


renung kembali . . .

Bangun pagi. Pergi ke kelas.Balik petang. Hadirkan diri ke surau. Dengar tazkirah atau perkongsian. pergi kelas malam (prep) . balik. yang tak sempat siapkan kerja rumah kat kelas persediaan , sambung buat.

beginilah rutin seorang pelajar yang hidup di asrama. menghadapi perkara yang sama setiap hari. mungkin ramai yang merungut. tapi jika kita fikirkan kembali , kita diwajibkan untuk hadir ke surau dan mendengar peringatan demi peringatan , sedar atau tidak, kita mengisi jiwa kita sebenarnya. kadang-kadang kita tidak menyedarinya. hati dan fikiran yang didominasi oleh kata-kata yang negatif, contohnya- "kena sindir lagi aku nie"- "dia nie asyik ambil nama aku je, tau lah aku salu datang lewat" dan sebaginya telah membuatkan kita buta seketika.

saya yakin sangat-sangat, dalam seminggu itu , akan ada pengisian yang membekas di jiwa kita walau sedikit. namun , rasa ego kita yang membuatkan kita tidak mengakuinya.

itu rutin 5 tahun ( ada yang 2 tahun) yang kita jalani tapi hanya sedikit yang sedar. Apa yang ingin saya sampaikan di sini masa itu padat. Tidak pernah ada masa untuk kita melakukan perkara yang tak sepatutnya sebenarnya. Jiwa kita terisi setiap masa.

TETAPI, bila kaki kita melangkah ke alam IPT, bermula dengan matrikulasi, rutin mendengar tazkirah selepas maghrib itu ramai yang meninggalkan. Bukan maksud saya lepas maghrib kita mesti dengar tazkirah. Tidak. maksud saya, kita mesti isi jiwa kita dengan peringatan setiap hari. Walau dengan satu patah perkataan yang membuatkan kita ingat akan Allah. Menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Sibukkan diri dengan perkara begini mampu elakkan tangan kita , mata kita, mulut kita dan anggota tubuh lain kita daripada benda yang tak berfaedah. Kita kena ingat kawan-kawan, kita kan dipertanggungjawabkan dengan segala yang kita lakukan.

Konklusinya,sama-sama kita manfaatkan masa kita. Segala apa yang saya lakarkan di sini ada lah untuk diri saya sendiri. Diri yang selalu leka , alpa dengan hidup dunia


Ya Allah pandulah hati-hati kami pada jalan yang Engkau redhai

Wednesday, January 19, 2011

tak tahu nak tulis apa . . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
. . . dah masuk minggu ketiga kat sini . . .apa yang aku dah buat? . . datang2 je g meeting . . . buzy ngan banyak program. . x campur ngan study lagi . . sem ni aku lebih manfaatkan masa*kononnya lah

tak tahu nak tulis apa. . . tapi nak juga menulis . .aku suka nak kongsi apa yang aku lalui . .tapi, nak ke orang yang membaca nak ambil tahu? lalek lah . . .hahahahah
nak mula dari mana erk?mcm ni lah. . . .
masuk-masuk je U semula, aku kena decide untuk pilih satu . . . lama aku fikir benda nie. . . Alhamdulillah, da dapat . . .baru je malam tadi . . Allah datangkan kat aku seorang kawan. . nak panggil dia sahabat lah . . sahabat tue jawab pertanyaan. . bagi pandangan. . dan tadi pagi, berbual dengan Umi . .terima kasih Allah . .dah dapat jawapan. tak payah pilih. terima dua-dua. . . mohon dipermudahkanNya .. . napa dengan gambar atas nie? . . kerja aku berlambak macam tu ke? . .tak lah sampai macam tu takat ni . . komitmen makin bertambah . . jadi satu matlamat, aku tak nak kejadian diatas berlaku untuk masa akan datang ....makna lain, jadi lebih sistematik dan jangan tangguh kerja . . KOMITMEN
banyak kan mulut kat atas nie? bukan tujuan nak tanya gigi atau bibir atau misai mana yang hebat? . . nak jadi katak yang pekak . . daripada gambar yang banyak kat atas nie . . boleh hasilkan sesuatu yang lebih tajam daripada pedang . . . yelah . . terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya . . satu lagi ayat power . . "anda bertanggungjawab dengan apa yang anda perkatakan"kata akak merangkap hakim time debat hari thu . . .
simple. . . aku nak jadi katak pekak . . sesapa yang tahu cerita tu , sebarkan kat orang len( bukan tak nak cerita , cuma ingt moralnye saja) . .biar pa orang kata, pekakkan je telinga. . .maksudnya kepada kritikan yang tak membina langsung . . komen - komen yang mcm nak . . .( sambung sendiri )Ya Allah , jadikanlah setiap perkataan yang dituturkan daripada lidah hambaMu ini bermanfaat kepada telinga sendiri dan telinga orang lain yang mendengar . . . Amin ..

tetiba sedih pulak? ye . . .hatiku selalu sedih . .kadang-kadang rasa apa2 yang dilakukan tak bermanfaat . . tak ada kualiti . . masa tak mafaatkan sepenuhnya. . .sakitkan hati orang lain . . tak sumbang apa-apa untuk diri, mak ayah, bangsa yang penting agama . . .



paling last nak kata . . juga ingin disayangi . . *biarlah secara halal
Ya Allah , jauhilah aku daripada cinta yang melalaikan . . .






p/s: tak tersusun . . . asyik nak tersasul je guna english . . inshaAllah .. satu hari nanti

Monday, January 3, 2011

bermula cerita baru kehidupan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

syukur yang tak terhingga kepadaNya . . .memberi pinjaman nyawa . . .masih menghirup udara secara free


Alhamdulillah . . keputusan peperiksaan sem lepas mencetus semangat baru dalam diri .

sem 2 dah bermula . . tiba di UMT pagi 1 jan . .

sekarang sibuk untuk mempersiapkan diri ke arah yang lebih baik . . lebih sistematik . . UMT tak lari dengan masalah air . . macam kat matrik dulu . . semoga ia hanya untuk seketika . .

7 Jan - Larian Hijrah : program pertama . . semoga Allah permudah kan .


p/s: dah tak bleh nak update salu. . .
 

Blog Template by BloggerCandy.com