Monday, October 29, 2012

analisis persekitaran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabt baginda

 
‎'analisis persekitaran'? tak perlu kot. . . analisis benda yang paling dekat dengan kita dan kita tahu asal usulnya . . analisis diri sendiri lagi baik kot . . ;analisis persekitaran' untuk ambil pengajaran ok kot tapi kalau nak mengkritik , kalau nak mengutuk . .sangat tak perlu rasanya . .

''engsot ckit ke arah nok lebih bait, ok rasanya'' ke guane?

kalu tentang ini:

Pada suatu ketika, iaitu semasa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah berkata, "Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah, "Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia". Jawab Aisyah, "Bukankah itu perkara yang benar, ya Rasulullah". Maka jawab Rasulullah, "Itulah yang dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta namanya".

sama sama kita saling mengingat

  

telinga orang yang bercakap lebih dekat dengan mulutnya

jari orang yang menulis lagi dekat dengan dirinya

semoga dengan menperingati akan sentiasa ingat



nak jadi baik itu susah sebab syugra itu mahal

nak jadi baik


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah. Pertama dan selamanya . selawat ke atas nabi s.a.w , ahli keluarga , para sahabat baginda.

Sudah lama saya tidak menconteng di sini <- .="." ayat="ayat" klise="klise">

Tak mengapa. Semua itu atas kehendakNya jua. Kekangan masa mahupun idea
Semua orang nak jadi baik. sebab itu fitrah manusia. Sejahat mana pun manusia, segelap mana pun masa lalu manusia jauh di lubuk hatinya tetap membisikkan keinginan untuk menjadi baik. berubah dari baik ke arah yang lebih baik. sama ada nak atau tidak. Kuat atau tidak. Ada usaha atau tidak. Persekitaran membantu atau tidak. Itu sahaja

Saya nak jadi baik. Saya tidak dibesarkan berlatar belakangkan sekolah agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak faham agama. Itu bukan alasan untuk saya tidak mengamalkan agama. Percaya atau tidak, pendidikan berlatarbelakangkan sekolah agama itu sebenarnya membantu untuk hidup dalam keadaan mengamalkan cara hidup islam. Hidup faham islam. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dan itu juga pilihan. Nak amal apa yang dipelajari untuk hidup atau hanya untuk mengisi ruang kosong jawapan pada kertas peperiksaan.

Saya nak jadi baik. Tapi, persekitaran saya tidak mengizinkan. Dalam hal ini, tidak perlu kiranya untuk membuktikan kebenaran lagu ‘bangau oh bangau’. Sampai bila pun tak akan jadi bila asyik menyalahkan dan terus menyalahkan. Ada ruang , ada peluang. Dalam kehidupan, kiranya dalam konteks mahasiswa, kerana saya mahasiswa, peluang dan ruang itu di mana sahaja. Antara nak atau tidak. Antara nak pilih majlis ilmu atau hiburan. Mahasiswa kan remaja. Tapi , kena ingat mahsiswa adalah pemuda. Siapa nak warisi sultan muhammad al-fateh, siapa nak warisi salehuddin al-ayubi , siapa nak ikuti salma al farisi?

Saya nak jadi baik. Masa silam saya selalu berlegar di minda. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira keadaan. Senang cerita , jangan hukum masa depan dek kerana masa silam itu gelap. Lebih kurang begitu lah bunyinya. Tolong, tolong dan tolong beri peluang pada diri. Allah bagi kita peluang tanpa kita sedari. Dan , sekali lagi tolong bagi peluang at diri. Diri saya!!
Saya nak jadi baik. tapi saya tak kuat. Cari kekuatan. Minta kekuatan kepada Pemilik kekuatan. Allah ada. Jangan pernah untuk lupa

Ayuh!
Saya nak jadi baik
Awak nak jadi baik
Kita nak jadi baik
Jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal

Friday, September 21, 2012

best kan?




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Family sebelah mak

seronok tahun nie
walaupun ada luka di hati kami semua
x pe
pengajaran demi pengajaran kita ambil
semoga dapat merasai kemanisan yang lagi manis tu

Saturday, September 15, 2012

Final year student

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selamat menjalani latihan industri
selamat menyambut bulan ramadhan
selamat menamatkan latihan industri
selamat hari raya aidilfitri
selamat memasuki alam kampus
selamat menuntut ilmu

alhamdulillah
masih diberi peluang
peluang apa?
banyak . . . . .

dek kerana sibuk memilih penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir
dek kerana sibuk memilih tajuk PITA
dek kerana memikir subjek elektif yang nak diambil
dek kerana sibuk pindah barang sebab duk bilik baru
x sedar dan terlepas
untuk merancang program cuti panjang 
*tiga hari 
panjang tu
akhirnya terdampar je kat dalam bilik ni
dan
terukirlah entry setelah sekian lama
apa kabar u olls?
*bajet ada orang baca

berdaftarnya saya kat Uni ni pada tarikh 9 sept 12
sah saya sebagai pelajar tahun akhir
inshaAllah
mohon doa kalian

banyak matlamat yang tak tercapai lagi
semoga Allah sampaikan hajat saya dalam beberapa perkara
kena relist semua matlamat tu lagi
ada satu matlamat yang sukar untuk dicapai
sebab
hati kata ya
akal kata tidak
serahkan pada Allah Taala

 lainya
nak labih banyak memberi
setelah menerima je kerja nya

doakan saya ye kawan-kawan

Monday, June 18, 2012

Monday, June 11, 2012

novel terbaru

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
untuk selamanya
wajar untuk kita ungkapkan 
walau sejemu mana yang membaca
ini bukan benda buat main-main
x ramai yang bersyukur
ada yang ada
tapi selalu alpa
x salah untuk kita berterima kasih 
kalau pak we bagi semangat kat kita
kita boleh kata aku terhutang budi
kenapa 
Yang sentiasa bagi kita
udara free
kesihatan yang baik
kebahagiaan walau kita kadang-kadang ingkar
kita tidak bersyukur
?
jawab dalam hati je
pikir dalam-dalam

ok
tinggal dua paper lagi
tapi, aku nak mencoret juga disini
sebab?
kalau aku diam
umpama sebuah novel aku hasilkan
baik aku bercakap
eh?
ikut kesesuaian masa lah
kalau aku bercakap tu aku menyakitkan hati orang lain
lebih baik aku diam
dan kalau aku diam tu aku berperang dengan bisikan-bisikan yang tak diundang
sini lah tempatnya

pernah dengar?
pernah baca?
pernah tulis?
syurga itu mahal
sebab tu
jalan menujunya berliku
banyak dugaan
sabar lah duhai hati

untuk memuaskan hati orang disekeliling itu sangat susah
aku akan usahakan
tapi, aku juga manusia
yang tahap kesabaran asyik teruji
etih tak pernah pergi selamanya
semoga aku tabah

kembali kepada asas
apa kau beri
kau dapat semula
apa yang kau dapat
kau pernah berikannya


p/s: berjuang hingga ke ink pen yang terakhir
yang guna pensil mekanikal
sampai habis led
yang guna pensil kayu
sampai dah tak boleh nak diraut


Tuesday, June 5, 2012

lepas makan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
masih bernyawa
masih boleh tekan-tekan papan kekunci ini untuk menaip apa yang nak ditaip
dengan izinNya

as u ols know
sekarang minggu peperiksaan
today
i have no paper
so?

pertama
pagi tadi aku jogging
setelah sekian lama merancang
hari ni dikuatkan kaki ku untuk melangkah ke trek
Alhamdulillah
napa beriye sangat nak cter
suka ati aku lah
tak
macam ni
aku boleh rasa stamina itu berbeza
rasanya ini lah hikmah duduk di tingkat 5
walau berat badan tak turun2
walau saiz badan x mengecil
betul 
stamina lagi ok dari sebelum ini
dalam masa yang sama 
ia adalah apa yang difikirkan
kalau kita fikir kita mampu
ye 
dengan izinNya kita mampu
so?

kedua
aku ada 6 paper to go
aku ada 14 days to go 
jumpa dengan mak ayah
ada orang kata 
kalau rindu mak ayah
talipon lah
nanti mesti terubat rindu
PENIPU!
ia hanya macam sakit gigi
makan panadol
paling2 bertahan 4jam
then datang balik
tak payah cakap lah
*eh marah?
tak
sayang
*melalut

lagi?
perkataan kat atas ni 
salu ditulis dalam latihan KM aku
selalu untuk latihan yang disuruh hantar
yang tak disuruh
lagi lahhh
pesal aku bagitau ni?
buat kerja jangan sekerat jalan oiiii
sapa?
kau lah 
*tunjuk kat diri
ok
so?

sepanjang penulisan di atas
ada 3 pkataan 'so'
tolong dan tolong
tolong sesangat
jangan gunakan perkataa ini BUKAN PADA TEMPATNYA
nampak sangat ketidakpakaran anda tentang perkataan itu
okey?
contohnya?
saya sedang bercerita dengan penuh kegembiraan
lalu si fulan memberi respon 
so?
itu bukan respon yang anda sepatutnya bagi kalau anda bergelar sebagai seorang penuntut ilmu
sebab anda adalah orang yang menuntut ilmu
ada ilmu
dan tahu
bukan orang yang tarak ilmu
paling tidak pun anda boleh diam
kalau anda tidak berminat
sebab perkar itu boleh mengguris jiwa yang baru terubat
kalau anda menyakitkan hati orang lain
tidak mustahil anda akan disakiti
saat tu jangan nak sumpah seranah bebagai
tengok kat diri sendiri

anda = aku
anda = anda
anda = kita

itu sahaja daripada saya
sekian




 

Blog Template by BloggerCandy.com