Thursday, January 17, 2013

Najah Kamilah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

segala puji hanya bagi Allah Taala
selawat dan salam buat junjungan insan hebat, insan mulia
Nabi Muhammad s.a.w
ahli keluarga 
para sahabat

SELAMAT HARI LAHIR, NAJAH KAMILAH

pertama
terima kasih kat Allah sebab diberi peluang mengenali dirimu

kedua
semoga panjang umur
murah rezeki
dikurniakan sihat tubuh badan
kejayaan hakiki
dunia dan akhirat

ketiga
minta maaf silap dan salah 
halalkan makan minum dayang

keempat
walau tak selalu bersama
tak bermakna 
tiada dalam ingatan

tu je lah
hehehehehe

Wednesday, November 21, 2012

cakna?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w , ahli keluarga, serta para sahabat baginda


perkembangan yang berlaku di bumi Gaza
boleh rujuk link di atas

Monday, November 19, 2012

TIDAK

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat nabi s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda

apa kabar u olls?
semoga sihat-sihat belake yer
kalu ada yang sakit itu
ingatlah 
itu juga nikmat
nimat yang Allah bagi supaya kita berfikir
:)
dan
dengan dengan rasa sihat itu kita juga perlu untuk berfikir
then, zahirkan rasa syukur padaNya
macam mana?
refer balik silibus pendidikan islam kat sekolah yer

TIDAK
atau 
''big NO''

untuk apa?
untuk benda yang sia-sia
tengah menanam nie
menanam tabiat 
katakan TIDAK kepada benda yang TIDAK
ok?
boleh
semua itu terpulang kepada diri sendiri
nie juga element dalam pendirian

nak jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal



Thursday, November 15, 2012

senyum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat ke atas junjungan Muhammad s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda

selamat tahun baru hijrah
tahun baru, azam baru
azam tahun lepas yang tak tercapai tu boleh bawa ke tahun ni
jangan putus asa!

sekarang cuti 
tak cuti pun sebenarnya
final year student lah katakan

dalam kesunyian kat dalam bilik nie
tetiba tangan aku gatal nak type kat Youtube perkataan 'Debat'
rindu lah tu
seyes
rnduuuuuuuuuuuu
lagi2 berita yang agak hangat lagi
SM Sains Miri merampas kembali PIALA KETUA MENTERI SARAWAK
setelah 7 tahun ditakluk orang lain
aku rindu untuk berdebat
berbalik kepada kegatalan tangan aku
tengok lah video Debat Integriti 2012
kenapa aku pilih dalam banyak video tu, video tu?
sbab
jujur aku cakap
UNIsZa
ye betul!
aku pernah bersama team ituu
bukan mewakili bersama tapi menjaga makan minum tidur keselesaan mereka waktu debat gender hari tu
uni aku tuan rumah kannn
aku pun gatal nak jadi sukarelawan
Liason offocer konon
yelah 
nak wakil uni x layak
*orang offer jual mahal
ahhh, lupakan cerita tu

point utama aku
dalam video tu
AFFENDI oiiiiiii
dia tu kalau budak debat *terutama budak sbp lah* tak kenal, tak tahu nak cakap apa
orang kata dia hebat
aku kata?
ntah . .biasa je
dia dah diasah dengan tajam
tu yang aku mampu kata
paling best bila waktu zaman aku debat dulu
bila MCKK vs SBPITemerloh
FARIS from sbpitem boleh kalahkan dia untuk title pendebat terbaik
apa makna tu?

sudah sudah lah mengenang benda yang lapuk
tapi
aku rasa nak jerit kat dunia
aku pernah bertemu dengan affendi itu
* ok aku berangan lebih

 hidup ni buat benda yang kita perlu bukan kita nak


Monday, October 29, 2012

analisis persekitaran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
selawat dan salam buat rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabt baginda

 
‎'analisis persekitaran'? tak perlu kot. . . analisis benda yang paling dekat dengan kita dan kita tahu asal usulnya . . analisis diri sendiri lagi baik kot . . ;analisis persekitaran' untuk ambil pengajaran ok kot tapi kalau nak mengkritik , kalau nak mengutuk . .sangat tak perlu rasanya . .

''engsot ckit ke arah nok lebih bait, ok rasanya'' ke guane?

kalu tentang ini:

Pada suatu ketika, iaitu semasa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah berkata, "Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah, "Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia". Jawab Aisyah, "Bukankah itu perkara yang benar, ya Rasulullah". Maka jawab Rasulullah, "Itulah yang dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta namanya".

sama sama kita saling mengingat

  

telinga orang yang bercakap lebih dekat dengan mulutnya

jari orang yang menulis lagi dekat dengan dirinya

semoga dengan menperingati akan sentiasa ingat



nak jadi baik itu susah sebab syugra itu mahal

nak jadi baik


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah. Pertama dan selamanya . selawat ke atas nabi s.a.w , ahli keluarga , para sahabat baginda.

Sudah lama saya tidak menconteng di sini <- .="." ayat="ayat" klise="klise">

Tak mengapa. Semua itu atas kehendakNya jua. Kekangan masa mahupun idea
Semua orang nak jadi baik. sebab itu fitrah manusia. Sejahat mana pun manusia, segelap mana pun masa lalu manusia jauh di lubuk hatinya tetap membisikkan keinginan untuk menjadi baik. berubah dari baik ke arah yang lebih baik. sama ada nak atau tidak. Kuat atau tidak. Ada usaha atau tidak. Persekitaran membantu atau tidak. Itu sahaja

Saya nak jadi baik. Saya tidak dibesarkan berlatar belakangkan sekolah agama. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak faham agama. Itu bukan alasan untuk saya tidak mengamalkan agama. Percaya atau tidak, pendidikan berlatarbelakangkan sekolah agama itu sebenarnya membantu untuk hidup dalam keadaan mengamalkan cara hidup islam. Hidup faham islam. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dan itu juga pilihan. Nak amal apa yang dipelajari untuk hidup atau hanya untuk mengisi ruang kosong jawapan pada kertas peperiksaan.

Saya nak jadi baik. Tapi, persekitaran saya tidak mengizinkan. Dalam hal ini, tidak perlu kiranya untuk membuktikan kebenaran lagu ‘bangau oh bangau’. Sampai bila pun tak akan jadi bila asyik menyalahkan dan terus menyalahkan. Ada ruang , ada peluang. Dalam kehidupan, kiranya dalam konteks mahasiswa, kerana saya mahasiswa, peluang dan ruang itu di mana sahaja. Antara nak atau tidak. Antara nak pilih majlis ilmu atau hiburan. Mahasiswa kan remaja. Tapi , kena ingat mahsiswa adalah pemuda. Siapa nak warisi sultan muhammad al-fateh, siapa nak warisi salehuddin al-ayubi , siapa nak ikuti salma al farisi?

Saya nak jadi baik. Masa silam saya selalu berlegar di minda. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira keadaan. Senang cerita , jangan hukum masa depan dek kerana masa silam itu gelap. Lebih kurang begitu lah bunyinya. Tolong, tolong dan tolong beri peluang pada diri. Allah bagi kita peluang tanpa kita sedari. Dan , sekali lagi tolong bagi peluang at diri. Diri saya!!
Saya nak jadi baik. tapi saya tak kuat. Cari kekuatan. Minta kekuatan kepada Pemilik kekuatan. Allah ada. Jangan pernah untuk lupa

Ayuh!
Saya nak jadi baik
Awak nak jadi baik
Kita nak jadi baik
Jadi baik itu susah sebab syurga itu mahal

Friday, September 21, 2012

best kan?




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Family sebelah mak

seronok tahun nie
walaupun ada luka di hati kami semua
x pe
pengajaran demi pengajaran kita ambil
semoga dapat merasai kemanisan yang lagi manis tu
 

Blog Template by BloggerCandy.com