Thursday, January 12, 2012

pantai itu!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Aku suka pantai
Aku suka melihat air yang mengalir
Aku pernah mengimpikan untuk alangkah indahnya duduk petang2 di tepi pantai.
Dan tanpa aku sedari , aku sudah mengapaikan ketika berada di umur 13 tahun lagi.
Sekolah menengah aku di tepi pantai.
Cuma, peraturan sekolah menyebabkan aku tak akrab dengan pantai
Dan , matrikulasi aku pun
Aku senang jumpa pantai
Ada jodoh a kitaorang
Dan sekarang
Tempat aku buat degree ni pun lokasinya di tepi pantai
Dan, di hujung semester dua bila berada di uni, petang-petang aku gi pantai
Tapi, sedih dan sangat sayu
Hari tu, lepas test midterm modern algebra
Aku ngan sorang member gi lah pantai yang salu aku gi tu
Pantai sudah terhakis
Pondok2 tepi pantai tu ranap
Peringatan dari Tuhan
Seolah – olah , pergi pantai untuk gapai satu keinsafan
Mengudang aku untuk bermuhasabah
Ketenangan yang selalu aku dapat tatkala aku tengok pantai
Dah musnah
Pukulan ombak yang selalu aku gembira sebab ia memadam lakaran pada pasir dengan sekelip mata itu mendesak aku untuk lebih mendekati Tuhan
Peringatan demi peringatan
Angin yang membuat aku bahagia akan hembusannya itu
Seolah-olah mendetik kerisauan pada hati yang penuh titik hitam
Apa yang masih kekal
Adalah apabila aku pandangluasnya lautan, pada hakikatnya makin luas dek kerana hakisan
Dada aku lapang
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang untuk menerima taubat hambanya
Semoga aku dan orang di persekitaran ku
Adalah antara orang yang berfikir

*tukar mood
Nak tau
Dulu,
Waktu darjah 6, petang2 aku suka duduk tepi sungai@parit yang airnya sangat jernih
Aku tak sangka my lovely bapa
Sedar benda tu
Sebab satu hari tu beliau kata
Orang tu selalu betapa
Hahhahahah
Lucu
Tapi seyes, aku cinta pada alam
Kerana dari alam kita kenal Pencipta
Maha Hebat Allah Taala

2 comments:

Unknown said...

heee, isi entry yang menarik. Aku pun suka pantai, sebab pandai itu menenangkan. Bila masa hati keresahan, pantai la mengubat hati yang lara. Jaga persekitaran, sayangi alam.

Unknown said...

ai tagged u peraduan :)

http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/2012/01/peraduan-blog-tercantik.html

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com