Friday, July 24, 2009

pedihnya HanYa Allah yanG TAhu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat islam dan iman yang masih lagi dikurniakan dalam diri ana. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w. ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Apa yang pedih? Ana rasa bersyukur kerana Allah s.w.t mengingatkan diri ana yang lemah ini. Matlamat tetap tidak menghalalkan cara.Mungkin perkara itu lah yang menjadi hijab kepada tarbiyyah yang ana cuba perolehi selama ini. Pengajaran yang ana dapat ini akan ana jadikan satu yang benar-benar memberi manfaat dalam diri ana.

Sangat jelas, apa yang ana dan antum inginkan itu tidak semestinya apa yang kompom akan diperolehi.Kadang-kadang kebahagiaan yang Allah s.w.t berikan itu satu dugaan.Ana ini manusia, memang fitrahnya seorang yang lemah, alpa dan serba kekurangan. Mungkin apa yang ana alami pada hari ini , hanya 0.01% daripada silibus buku sekolah kehidupan.

Semoga Allah s.w.t memberi keampunan kepada kesilapan-kesilapan yang telah ana lakukan selama ini. Mohon kepada Allah s.w.t agar diri ana diberi kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Monday, June 29, 2009

KETika mEmeRLukan, teRpingGir. . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat islam dan iman yang masih lagi bertapak di dalam diri. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Persoalan perlukah ana memilikì seorang sahabat untuk berkongsi suka duka perjuangan? Perlukah ana memikirkan punca sesuatu kejadian? . . Ana fikir dan fikir. Kadang-kadang kita tidak semestinya memiliki apa yang kita suka. Tidak perlu ada rasa tidak suka pada apa yang diterima. Siapa lah diri ini untuk mengatur semua itu. Sesungguhnya Allah s.w.t lah sebaik-baik perancang. Dan semua itu ada hikmah di sebalìknya.
Perlukah ana peduli perasaan inì? . . Kadang-kadang terasa begitu terhimpit dengan perasaan sendiri. Hanya Allah yang tahu. . Itulah yang sering terpacul dari mulut ana. Sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan.
Ana tetap dengan ana punya pendirian. Mengadulah pada yang Esa. Sesak di dada hanya sementara. Dengan pengalaman belajar tentang kehidupan. . Semua yang bermula ada pengakhiran. Yang datang akan pergi.

Semoga Allah beri diri yang lemah ini kekuatan untuk berdiri di jalan yang benar.

Friday, June 12, 2009

LuaHan Hati yaNG x MamPu dinukilkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Syukur yang tidak terhingga Kepada Allah s.w.t atas nikmat iman dan islam yang masih dikurniakan kepada ana hingga saat ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat.


Minggu demi minggu dilalui dengan penuh kesabaran. Banyak cabaran harus ana lalui. Kebebasan hidup di alam kolej ini dugaan besar buat ana. Hati ana selalu memohon kepada Illahi agar terus berdiri di landasan yang sebenar.



Setakat ini yang dapat ana nukilkan. Besar makna yang ingin ana sampaikan walaupun sesingkat ini. Mohon Allah s.w.t berikan ana pertolongan agar segalanya dipermudahkan.

Sunday, May 31, 2009

akhirnya berpeluang juga.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas kurniaan nikmat yang begitu bernilai. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Sudah 3 minggu berada di pulau mutiara. Alhamdulillah, bergelar sebagai seorang pelajar semula merupakan satu yang menYeronokkan. Walaupun pada dasarnya agak berat untuk dipikul. Tapi, ana sering mengingatkan diri ini agar sentiasa tabah dan bersedia untuk segalanya.

Seminggu yang pertama terlalu sibuk dengan minggu suai kenal tetapi sangat beryukur kerana sepanjang minggu itu tidak terjebak dengan tali air yang putus. Memang kolej yang ana duduki sekarang terkenal dengan masalah bekalan air. setakat ini hanya sekali lah ana terperangkap. Nasib baik hanya untuk beberapa jam sahaja.

Yang sebenar-benarnya , ana baru je habis mengikuti bengkel latihan fasilitator kelab pengguna semalam(3 hari 2 malam). Kat Manikar Beach Resort. Memang ana teruja dengan tempat thu. huhuhu.. Lagi-lagi tandas yang terlalu CangGih bagi diri ana. fUh

Mendapat peluang untuk mengacarakan majlis pada majlis penutupan bukan satu perkara yang mudah. Terlalu sukar untuk mencipta skrip, Alhamdulillah ada seorang kenalan ana yang sudi menghulurkan bantuan. Bukan nak kata kali pertama, tapi ini kali pertama di tempat baru dengan muka-muka baru. Apa yang mengembirakan ana dan ana merasa sangat-sangat bersyukur ialah apabila saat kalimah wabillahhitaufikwahidayah terlafaz dari mulut ana. Fuh ... lepas beban.

banyak ilmu yang ana perolehi sepanjang program tersebut berlangsung. Rasanya setakat ini yang dapat ana nukilkan. Doakan kejayaan ana sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Labuan ini.

Saturday, May 2, 2009

seBelum KakI kU meLangkah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Genap SeminGGu. Ana akan memasuki alam kolej. Apa yang ada di hati sukar untuk ditafsirkan. Semoga ana dan kawan-kawan berjaya hingga ke garisan penamat.

Pada pagi hari jumaat, hari pekerja, kali ketiga ana melibat kan diri dalam pemunggutan buah kelapa untuk dijual kepada pelanggan tetap arwah datuk yang kini merupakan pelanggan kami. Alhamdulillah, walaupun masa ana sekeluarga agak padat dengan perkara yang tidak dapat dielakkan, namun dengan izin Allah s.w.t , sebanyak 135 biji kelapa (tidak termasuk dengan kelapa yang pecah, mungkin dalam 25 biji , kurang atau lebih) dapat dikumpulkan.

Dalam kesibukan menjadi pemandu buah kelapa (nak mengait tapi ketinggian tidak menepati piawaian), sempat juga ana menangkap gambar sebagai kenangan. Maklumlah, lepas ni tanggungjawab yang lebih berat harus dipikul.



.... inilah kereta mewah yang dinaiki sibuah kelapa .......

....... hasil yang dapat dikumpulkan setelah menitiskan manik-manik peluh ......


....... sebahagian daripada pokok kelapa yang berada di sekita belakang rumah......



Ini saja lah yang dapat ana post untuk kali ini. Kepenatan terubat dengan meminum air kelapa yang dikupas sendiri. Ada masa lain kali ana tunjuk gambar bagaimana generasi muda menebuk kelapa. Berbeza tau !

Saturday, April 18, 2009

Sebaik mAtA ku TeBuka

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengurniakan kepada ana udara yang tidak perlu dibayar, juga kerana masih mengizinkan ana membuka mata dan melihat alam yang begitu indah yang dicipta olehNya. Lebih-lebih lagi , syukur kepada Allah S.W.T dengan nikmat yang tidak terhingga , iaitu, nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat.

Sebenarnya, ana tak tahu apa nak ditulis tetapi jari jemari ini tetap ingin menari di atas papan kekunci ini. Hati ini kekadang rindu. Tapi akal memberitahu untuk apa merindui kerana rindu itu hanya di sini. Kekadang rasa sunyi. Tapi, akal memberitahu hiburkanlah hati dengan zikrullah, hiburkanlah hati dengan selawat ke atas nabi junjungan s.a.w , sesungguhnya dengan melakukan semua itu hati akan sentiasa mengaharap cinta dari Pencipta cinta.

Kekadangan terimbau kenangan silam. Kenangan persahabatan di sekolah rendah . Ketika itu hidup terumbang ambing. Kenangan kehidupan di sekolah menengah. Hidup yang penuh dengan liku yang bersimpang siur. Disitu lah ana belajar erti kehidupan. Di situlah ana rasakan hidup ini perlu pengorbanan, perlu kesabaran yang tinggi, perlu menilai yang mana benar yang mana salah. Saat-saat genting yang diharungi menjadikan diri ana lebih kental walaupun hati di mengalirkan air mata. Di saat para pendidik memberi amanah yang dirasakan terlalu berat namun tetap dipikul agar diri mampu menjadi manusia yang berguna.

Ana ketika ini bercuti di rumah. Hari ini hanya tinggal 21 hari lagi ana akan bergelar seorang pelajar semula . Namun gelaran itu ditukar dengan gelaran penuntut kolej. Semoga niat ana untuk melanjutkan pelajaran tetap pada niat sebenar dan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

Friday, April 10, 2009

daH tUa baRu nak BeRtaubat?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada ana untuk berkesempatan menjaga orang sakit. Walaupun hanya beberapa hari sahaja. Banyak pengalaman yang diperolehi untuk dipelajari dan diteladani. Walalupun tak berkesempatan seperti rakan lain yang berpeluang menghadiri program pendekatan kerjaya sebagai doktor. Tarikh permulaan program tersebut dengan peluang ana tu ditakdirkan sama.(hehehe . . . . dapat la juga memerhatikan apa yang berlaku dari satu saat ke satu saat keadaan di hospital,walaupun tidak secara terperinci)
Tapi, bukan itu yang ana mahu sampaikan.

Marilah wahai temanku,
Mungkin ada yang berfikir waktu remaja adalah waktu untuk bersuka ria. Tidak salah kita bersuka. Asalkan adab pergaulan dijaga. Masuk waktu, solat. Aurat dijaga serapi yang boleh.

Mungkin antum juga pernah mendengar kata "kita taubat la bila dah tua nanti"

Tapi, sedarlah wahai insan!
Ana dan antum tidak tahu apa yang akan terjadi dengan diri ini apabila usia sudah meningkat. Bila semua diredah, kesihatan pun sedar tak sedar tidak terjaga.
Tidak hairan lah apabila doktor mengesahkan diri ini berpenyakit itu dan ini.
Memang diakui bahawa pernah ana terbaca bahawa penyakit yang kita hidapi itu akan menggugurkan dosa-dosa kecil.

Bayangkan.......
Sakit yang kita hidapi itu, sakit yang menyebabkan kita tidak larat untuk menunaikan solat. Memang ada rukhsah solat untuk orang yang sakit, tapi masa kita diajar suatu ketika dahulu, kita tak pernah ambil peduli. Apa yang berlaku, kita terus tidak mengetahui. Apa yang lebih menyedihkan CUTI yang ditetapkan sendiri berlanjutan.

Jadi, marilah kita sama-sama menyediakan bekalan untuk bertemu Allah s.w.t. Tak kiralah usia kita muda atau tua. Sesungguhnya , ajal maut kita , tidak kita ketahui.
 

Blog Template by BloggerCandy.com