Tuesday, June 15, 2010

hiNanya aku. . . .

“Biar aku hina sebab nak tuntut ilmu

Jangan aku hina sebab aku sombong”

Mulai malam itu, aku mempunyai satu tekad yang baru. Pertemuan dalam masa satu jam setengah dengan pensyarah kimia itu bukan sahaja menambah kefahaman kat kimia tetapi juga dalam menuntut . Ilmu sebagai seorang pelajar. Sir tu kata ramai nya pelajar ari ni malu nak bertanya. Kiranya dah tahu dan faham lah tu. Tetapi pada hakikatnya, TIDAK!.

Aku fikir semula. Kenapa lah kaki aku ini selalu berat untuk pergi ke menara pentadbiran? Antara alasan yang selalu tercipta di kepala aku, aku belum bersedia. Tapi, setelah malam itu juga, menara pentadbiran adalah tempat yang aku suka nak pergi walaupun kadang2 tiada tujuan Cuma menemani rakan. Dengan cara itu, aku tiada rasa tidak biasa dengan tempat tersebut. Sekaligus, aku boleh bertanya dengan mana2 pensyarah pun tentang kemusykilan yang aku ada terhadap pelajaranku. Kebahagian dapat aku rasai. Memang pada mulanya agak kekok . lebih lebih lagi bila ayat azimat ni terpacul “ni pun awak tak tahu?” biarlah saat itu aku rasa hina asal aku dapat menulisnya ketika menjawab peperiksaan dengan izin Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com