Monday, June 14, 2010

diaRIku semalaM. . .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang

Ana dipertemukan dengan alumni sahabat al irfan. Ana diberi peluang oleh Allah untuk bersama dengan Kak Ellya. Seorang yang bersahaja dalam menyampaikan pengisiannya. Namun, dari dasar hati ana, ana akui kakak seorang yang tegas. Hidup mesti ada FOKUS. Itu yang masih terngiang di gegendang telinga ana. Kalau kita miliki satu fokus, kenapa mesti kita hiraukan yang dsampingannya? Yang tidak memberi apa-apa manfaat. Ana bersyukur. Dalam keadaan jiwa yang terumbang ambing, Allah gerakkan hati ana untuk pergi ke program tersebut walaupun rasa penat sepanganjang petangnya masih bersisa. Allah sayangkan ana. Mungkin ana yang tidak pernah menghayati kasih sayang Allah. Dalam pengisian itu lagi , kak Ellya tegaskan , ingatlah Allah sentiasa bersama akak dan antum. Mana punca kenyataan itu disuarakan ? Dari persoalan sempatkah habis silibus yang banyak tetapi masa hanya tinggal terlalu singkat. Ingatlah . kita mesti yakin. Allah sentiasa bersama. Kertas peperiksaan itu manusia yang buat. Kuasa Allah Maha Besar. Kita yakin Allah bersama kita dalam dewan pepriksaan itu. Mohon Allah tolong kita. Yakin dan pasti Allah akan tolong kita. Tapi, dengan syarat usaha! Allah tidak tengok hasil kerana hasil itu Dia yang bagi. Tetapi, Allah tengok usaha kearah mencapai sesuatu itu. Sejauh mana kita mampu berdiri dengan izin Allah. Jangan sesekali mengatakan kepandaian yang dimiliki sebab kita belajar. Tapi, ingat ! Hanya dengan izin Allah , semua itu terjadi. Seterusnya akak ingatkan kami, untuk sentiasa memperbetulkan niat. Kalau niat tak betul, jangan harap apa yang diimpikan akan diperoleh. MUJAHADAH. Selalu dengar. Tapi, ana mengakui, baru memahaminya malam tadi. Pertemuan yang amat singkat tetapi membuatkan hati ini sayu. Membuatkan akal untuk berfikir. Pertemuan kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerananya. Ilmu hanya akan menembusi hati yang bersih. Kerana ilmu itu cahaya. Jadi, hati kenalah dijaga. Macam mana , kak? Elakkan maksiat. Lagi-lagi couple. . .

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com