Thursday, June 9, 2011

4 hari 3 malam + 1hari siang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah pencipta sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda.


4 hari 3 malam + 1 siang hari

 Hari pernikahan 29 mei 2011


Seawal 6.30 pagi perjalanan dimulakan. Nasib sedikit kurang baik apabila terpaksa berbaris selama 45 minit di sempadan kuala Lurah. Kami tiba di rumah pengantin lelaki lebih kurang pukul 10.30 pagi. Selesai bacaan doa dan menikmati jamuan, kami berangkat ke rumah pengantin perempuan. Aku dan sepupu ain sudah tersenarai sebagai pembawa dulang hantaran. Kami menaiki bas ke sana. Apa yang mengelikan hati apabila bakal pengantin memandu kereta sendiri. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Sebelum tiba di rumah pengantin perempuan, rombongan singgah untuk menunaikan solat fardu zohor di masjid berdekatan. 




mak aku sibuk mengarah untuk angkat semua pakaian kami




  
ni dulang hantaran yang aku bawa

4 hari 3 malam


               Ni sepupu kedua tetapi pertama di sebelah bapa aku. Kami agak jarang untuk bertemu sebenarnya berikutan tempat pengajian dan masa cuti yang berbeza. Lagi2 mereke tinggal di Brunei Darussalam dan aku dan beberapa keluarga kecil yang lain di Malaysia ( kata org Tawau . .trap jauh kunun) ini lah kali pertama kami bersama sepupu sepapat . Hanya  4 orang sahaja lgi genaplah jumlah cucu Hj Matzin dan Allayarhamah Hj Halus. Seorang kat luar negara, seorang kerja di KL , seorang praktikal di Perak,seorang Diploma di UiTM Shah Alam . Bertolak dari rumah hari khamis 10.30 pagi sejurus setelah berkemas barang. Tak pernah dalam hidup kami sekeluarga bermalam di tempat sedara tempoh masa begini. Hehehe  . . . .


 majlis berbedak

Apa yang aku dapat? ( lagak post mortem)
1 . mengenali sedara mara ( sepupu mak ) . ada juga yang buat pengakuan baru pernah tengok aku. Maklumlah, aku kat sekolah menengah kat luar daerah
2. aku agak pendiam orangnya ( tapi, lau member aku dengar, hmmmm). Baru la beramah mesra ngan sepupu sepapat kalau berkumpul macam nie. Ramai lelaki dari perempuan.
3. menjadi pembawa hantaran
4. menjadi penyambut tetamu ( pengalaman yang menyeramkan)



Sebelum pulang sempat kami merakamkan sebuah foto


Selamat Pengantin Baru. Sehingga berkekalan hingga ke akhir hayat

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com