Friday, June 17, 2011

when hate > love, what happened?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. selawat dan salam ke atas nabi junjungan s.a.w , ahli keluarga dan para sahabat baginda.


bila memperkatakan soal hate = benci, dan love = suka, aku selalu tertanya-tanya. adakah dua perasaan ini sama? is it equal?

 perasaan ini akan timbul pada bila - bila masa
ada juga pepatah ke apa yang mengatakan, bila kita sayang sesuatu / seseorang biarlah berpada-pada dan demikian juga perasaan yang sebaliknya.

jadi, apa yang aku nak katakan di sini aku hanya ingin meluahkan apa yang aku ingin luahkan ( adui . . apa ni?)

aku pernah merasakan apabila rasa sayang mula hadir akan ada satu bisikan yang menyuruh aku berwaspada, dan apabila perasaan benci hadir ada bisikan yang membuatkan aku beristigfar

suatu ketika, member aku pernah kata kat aku, kau ni terlalu positive
bukan apa, memang aku latih diri aku begitu
apa-apa pun yang terjadi kita mohon pada Allah s.w.t agar semua yang buruk bertukar kepada sesuatu yang lebih baik

sekiranya, kira mempunyai masalah dengan seseorang, tempat yang terbaik daripada yang terbaik ialah mengadu dengan Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik dan Dia lah yang mengerakkan hati-hati kita.

pernah aku terbaca dalam satu artikel yang mengatakan bahawa jika kita set minda kita untuk perkara yang baik, insya Allah apa-apa yang berlaku selepas itu bagaimana pun , apapun yang terjadi selepas itu, kita akan sentiasa berlapang dada. sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala. apa-apa yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. agak klise bunyinya tetapi itulah hakikat kehidupan.

maka bersyukurlah atas segala nikmat pemberianNya. Perasaan sayang dan benci itu dugaan daripadaNya untuk menjadikan kita hamba yang terbaik

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com